HomeIsu tempatanMesin ATM BSN Mula Beroperasi di Sook, Lebih Mudah Penduduk Laksana Urusan...

Mesin ATM BSN Mula Beroperasi di Sook, Lebih Mudah Penduduk Laksana Urusan Perbankan

Read Time:1 Minute, 29 Second

KENINGAU : Penduduk di kawasan Daerah Kecil Sook dan sekitarnya kini boleh mendapatkan perkhidmatan perbankan selepas kiosk ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) mula beroperasi sepenuhnya bermula kelmarin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia merupakan hari bersejarah bagi penduduk di kawasan berkenaan kerana tidak perlu pergi jauh ke Pekan Keningau untuk mengeluarkan duit.

“Saya telah usahakan untuk membawa kemudahan mesin ATM ini sejak tahun lalu. Lebih lagi sekarang dalam masa pandemik COVID-19 di mana sukar untuk penduduk keluar ke Keningau bagi mengunakan ATM di sana.

“Lagipun mesin BSN di Keningau sentiasa sesak dan orang terpaksa berbaris berjam-jam dalam keadaan yang panas menunggu giliran mengunakan mesin ATM bagi mengeluarkan duit termasuk menunaikan bantuan kewangan dari kerajaan,” katanya.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pembukaan mesin ATM BSN di Pekan Sook sangat tepat pada masanya untuk memberi kemudahan yang sangat dinantikan oleh penduduk di sini.

Katanya, dengan adanya mesin ATM itu, penduduk Sook, Tulid dan Nabawan tidak perlu lagi keluar ke Pekan Keningau untuk mengunakan mesin ATM kerana ia boleh menerima semua kad bank.

“Dengan adanya mesin ATM pengeluaran duit di kawasan kita juga bererti duit itu akan dibelanjakan di daerah kita sendiri dan bukan di Keningau.

“Ini secara langsung akan meningkatkan pengaliran wang dan meningkatkan ekonomi di daerah kita.  Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kegiatan ekonomi di kawasan Sook, Tulid dan Nabawan dijangka akan meningkat sebanyak 28% akibat daripada kemudahan ATM yang baru ini,”katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, beliau akan membawa mesin ATM Bank Rakyat yang akan dibuka di Stesen Petron Sook dan pembinaan sedang dilaksanakan sekarang dan akan siap dalam tahun ini.

“Saya bangga kerana berjaya membawa pelbagai kemudahan ke Sook. Inilah usaha saya untuk meningkatkan kemudahan rakyat di bawa kawasan jagaan saya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya