Sabah Mula Terima Bekalan Vaksin, Menjadikan Sejuta Dos Untuk Bulan Ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Selepas didesak pelbagai pihak ekoran kelewatan dan kurangnya bekalan vaksin COVID-19 dihantar ke Sabah akhirnya negeri ini menerima bekalan vaksin hampir lebih setengah juta sehingga petang tadi.

Menurut sumber, kurangnya bekalan vaksin yang dihantar ke Sabah sebelum ini menyebabkan proses pemberian vaksin kepada rakyat di negeri ini agak perlahan seterusnya peratus penerimaan vaksin masih rendah berbanding negeri lain.

“Sehingga hari ini, jumlah dos vaksin yang diterima bagi bulan Julai ialah sebanyak 747,980 dos termasuk 152,100 dos yang baharu sampai petang tadi.

“Berdasarkan jadual penghantaran, satu lagi bekalan vaksin yang banyak iaitu sebanyak 308,880 dos vaksin dijadualkan akan sampai ke Sabah pada hujung bulan ini,” kata sumber kepada Sabah Media malam ini.

Sumber turut menyatakan dan berharap jadual penghantaran vaksin bagi bulan Ogos dan seterusnya tidak akan mengalami sebarang gangguan dan tidak tertangguh seperti sebelum ini.

Dengan jumlah yang dinyatakan, Sabah akan menerima dos vaksin lebih 1 juta dos seperti yang dilaporkan sebelum ini iaitu sebanyak 1,086,760 dos vaksin bagi bulan Julai ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *