HomeUtamaCOVID-19 : Saringan Kontak Rapat Penyumbang Jumlah Kes Positif Di Sabah

COVID-19 : Saringan Kontak Rapat Penyumbang Jumlah Kes Positif Di Sabah

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Saringan kontak rapat kembali menjadi penyumbang kepada jumlah kes positif COVID-19 di Sabah iaitu sebanyak 227 kes atau 47.9 peratus dari jumlah kumulatif harian di negeri ini selepas kluster tembok mendominasi kes bagi tempoh empat hari lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah merekodkan jumlah kes positif sebanyak 474 kes hari ini iaitu mencatat penurunan 183 kes berbanding 657 kes semalam.

“Penurunan ini banyak dipengaruhi oleh ketiadaan kes positif baharu dari kluster penjara kecuali lapan dari Penjara Tawau.  Selain saringan kontak rapat yang diperolehi sebanyak 227 kes, saringan yang dibuat melalui saringan kluster turut diperolehi sebanyak 82 kes termasuk dua kluster yang dilaporkan hari ini.

“Selain itu, saringan bergejala sebanyak 71 kes atau 14.9 peratus turut diperolehi manakala saringan bersasar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut mencatat sebanyak 55 kes selain saringan lain-lain kes sebanyak 39 kes,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata,  hanya dua kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Sawit Lung di Beluran sebanyak 11 kes dan Kluster Industri KKIP Selatan Kota Kinabalu enam 6 kes, yang menyumbang 3.6% dari jumlah kes hari ini.

Katanya, sebanyak  90.5 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam kategori satu dan kategori dua.

“Kategori satu iaitu 184 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan kategori dua iaitu sebanyak 245 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya.

INFO RINGKAS

* 227 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat

* 82 kes adalah daripada Saringan Kluster

* 71 kes adalah daripada Saringan Bergejala

* 55 kes adalah daripada Saringan Bersasar

*39 kes adalah daripada Saringan Lain-lain kes.

PECAHAN DAERAH MENGIKUT ZON

ZON MERAH

  1. Kota Kinabalu
  2. Beaufort
  3. Penampang
  4. Tawau
  5. Keningau
  6. Ranau
  7. Sipitang
  8. Tuaran
  9. Putatan
  10. Kudat
  11. Kota Belud
  12. Sandakan
  13. Papar
  14. Tongod
  15. Kinabatangan
  16. Kota Marudu
  17. Kalabakan
  18. Pitas

ZON JINGGA

  1. Beluran
  2. Semporna
  3. Lahad Datu

ZON KUNING

  1. Kunak
  2. Tenom
  3. Telupid
  4. Tambunan
  5. Kuala Penyu
  6. Nabawan
RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya