HomeUtamaCOVID-19: Pematuhan SOP lemah, 2 kluster baharu, 1 lokaliti dikenakan PKPD

COVID-19: Pematuhan SOP lemah, 2 kluster baharu, 1 lokaliti dikenakan PKPD

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Terdapat dua kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Lung, Beluran dan Kluster Industri KKIP Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Lung, Beluran melibatkan jangkitan dalam ladang yang disyaki berpunca daripada pematuhan SOP yang lemah.

Katanya, kes indeks adalah lelaki, bukan warganegara, 35, bergejala sejak 12 Julai 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag dengan grading 80 peratus dalam saringan masuk ke ladang pada 14 Julai 2021.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, tiga lagi kes positif dengan kaitan epidemiologi di tempat kerja.

Daripada 40 kontak yang disaring, 11 kontak dikesan positif melibatkan rakan sekerja dan ahli keluarga sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes.

Manakala, Kluster Industri KKIP Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran berlaku di sebuah kilang plastik di kawasan perindustrian Kota Kinabalu.

Kes indeks adalah operator kilang, lelaki, 20, disahkan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dengan grading 97% di Family Care Clinic Sepanggar pada 12 Julai 2021, selepas bergejala pada 09 Julai 2021. Kes indeks telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut.

Daripada 45 sampel dalam kalangan kontak rapat yang diambil di daerah Kota Kinabalu, lapan kes telah dikesan positif termasuk enam kes baharu pada hari ini.

Manakala 32 sampel negatif sementara lima kes masih menunggu keputusan ujian saringan.

Selain itu, empat lagi kes dengan kaitan epidemiologi juga telah didaftarkan di daerah Tuaran, menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 12 kes.

Dalam perkembangan lain, satu lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Taman Merpati, Sandakan berkuat kuasa pada 23 Julai 2021 hingga 5 Ogos 2021.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya