HomeUtamaPPV IPT UMS bantu tingkatkan penerima vaksin di Sabah

PPV IPT UMS bantu tingkatkan penerima vaksin di Sabah

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mula beroperasi pada 14 Jun lalu, telah membantu memberi vaksinasi kepada 13,729 orang setakat hari ini, yang membabitkan kakitangan dan pelajar universiti itu serta orang awam di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha yang diambil UMS itu telah membantu kerajaan negeri untuk terus meningkatkan jumlah penerima vaksin di negeri ini sekali gus mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Saya dimaklumkan bahawa mulai minggu depan, kapasiti pemberian vaksin oleh PPV UMS adalah sebanyak 3,000 dos sehari berbanding hanya 1,000 dos sehari pada masa sekarang.

“Ini juga sudah pasti akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok apabila 2.7 juta penduduk negeri ini menerima suntikan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke PPV IPT UMS, di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, di sini hari ini.

Bilangan petugas di PPV IPT UMS adalah seramai 177 orang yang antaranya membabitkan petugas klinikal (doktor dan jururawat), sukarelawan kakitangan, sukarelawan pelajar, bahagian keselamatan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sukarelawan MyVac atau Malaysia Vaccine Support Volunteer.

Ketua Menteri turut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada UMS terutama Naib Canselornya kerana menyediakan PPV kepada kakitangan dan pelajar universiti serta awam untuk menerima vaksin.

Sempena lawatan itu, Ketua Menteri turut mendengar taklimat daripada Naib Canselor UMS berkaitan perkembangan Hospital UMS (HUMS) yang dijadualkan siap menjelang akhir tahun depan.

Apabila siap kelak, HUMS akan menjadi hospital pengajar yang dilengkapi kemudahan terkini dan moden yang boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah.

Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya