Cubaan 10 PATI Keluar Sempadan Gagal

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

TAWAU : Cubaan 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menyusup keluar secara haram ke negara jiran melalui perairan daerah ini mengundang padah apabila ditahan dalam Op Benteng Bersama berhampiran Sekolah Kebangsan Titingan Batu 2 disini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 12.10 pagi, semua PATI yang terlibat ditahan sepasukan anggota Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) yang melaksanakan tugas Op Benteng Bersama bagi mengesan semua PATI terbabit di lokasi tersebut.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim bin Ahmad berkata, kesemua PATI itu terdiri daripada dua lelaki,enam wanita dewasa dan kanak-kanak berusia antara 6 bulan sehingga 54 tahun.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua PATI itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan mahu kembali ke negara asal mereka.

“Maklumat yang diperolehi dari tahanan juga memaklumkan bahawa mereka bergerak dari Taman Tawau Lama ke Pulau Sebatik menggunakan laluan berhampiran sekolah berkenaan bagi menaiki bot yang telah diaturkan oleh agen untuk pulang ke negara mereka,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Karim berkata, Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 telah meminta bantuan pasukan Op Cegah PATI Daratan Tawau bagi melancarkan proses tangkapan tersebut.

“Semua PATI di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya dan proses saringan COVID-19.

“Kami akan meneruskan operasi ini bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan juga menyekat penularan wabak COVID-19,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *