HomeUtamaLebih 1,000 Penduduk Sekitar Kg Talungan Terima Vaksin Menerusi Program Outreach

Lebih 1,000 Penduduk Sekitar Kg Talungan Terima Vaksin Menerusi Program Outreach

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Seramai lebih 1,000 penduduk dari sekitar Kampung Talungan Telipok disini dan yang berhampiran menerima vaksin menerusi Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Penduduk Luar Bandar.

Program yang dilaksanakan bersama Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu; Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS4WDVC); Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Inanam dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah itu diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Talungan.

Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kota Kinabalu, Dr Suhaila Osman berkata, menerusi program itu, pihaknya akan melaksanakan pemberian vaksin kepada lebih 1,000 penduduk dikawasan terlibat meskipun berdepan cabaran.

“Hari ini (kelmarin) kita datang memberi vaksin kepada penduduk terlibat jenis Sinovac yang mana kami perlu datang sekali lagi pada 13 Ogos depan ke tempat dan memberi vaksinasi kepada orang yang sama.

“Jadi kami berharap penduduk terlibat akan datang sekali lagi nanti untuk melengkapkan vaksinasi mereka untuk mendapatkan dos kedua,” katanya.

Dr Suhaila berkata,  pihaknya akan terus melaksanakan program outreach vaksinasi ke kampung-kampung di negeri ini bagi membantu mencapai imuniti kelompok di Sabah.

“Meskipun berdepan cabaran khususnya capaian internet yang lemah namun ia bukan jadi halangan untuk kami memberikan vaksinasi kepada penduduk kerana kami mempunyai plan lain agar program ini berjalan lancar.

“Sebenarnya kami memang telah bersedia fizikal dan mental untuk bermalam di sekolah ini sekiranya program ini tidak dapat dihabiskan sehingga petang (kelmarin) dan akan disambung sehingga esok (hari ini),” katanya.

Terdahulu, program itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan dan Pengerusi Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS4WDVC) Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

Yakub berkata, usaha berterusan yang dilaksanakan kerajaan melalui program outreach vaksinasi terus mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk khususnya di luar bandar.

“Saya lihat, sambutan yang diterima penduduk luar bandar sangat luar biasa, ini membuktikan rakyat mahu diberi imunisasi.

“Justeru saya meminta kerajaan pusat untuk segera menghantar bekalan vaksin secukupnya kepada Sabah,” katanya

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular