HomeUtamaJadikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan perpaduan

Jadikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan perpaduan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Papar :  Masyarakat khususnya di negeri ini dinasihatkan agar menjadikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan perpaduan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu penting bagi memastikan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang boleh menggugat agenda pembangunan.

“Kita perlu kekalkan identiti dan nilai untuk kita meletakkan kepelbagaian itu sebagai satu sumber kekuatan kita.  Ini cukup penting bagi memastikan bahawa kita tidak terpengaruh dengan mana-mana pendekatan dakyah yang boleh menggugat nilai dan asas kita, teras kita iaitu agenda pembangunan.

“Kalau kita mahukan pembangunan, kita perlu pastikan bahawa semua bergerak, wujudkan kestabilan, pembangunan, perpaduan, untuk kita mencapai pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah 2023 di Dewan Masyarakat di sini.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar ketika ditanya  mengenai  kewajaran Sabah menjadi model perpaduan negara katanya, landskap politik di negeri ini bukan hanya relevan tetapi contoh terbaik kerana bersatu hati dalam mencapai pembangunan.

“Selain daripada kepelbagaian yang wujud di Sabah, kemajmukan lebih dari 33 etnik, model politik juga  unik.

“Tapi asasnya, saya bersyukur kerana rata-rata ikon politik di Sabah bercakap berbahas atas konteks pembangunan dan itulah bagi saya satu perbahasan dan juga usaha agenda yang membina.

“Kita bergerak untuk membangunkan masyarakat apatah lagi isu sebenar dan teras di Sabah.

“Kita bergerak walau atas apa juga landasan sama ada ahli politik, ngo, kita ada keutamaan unjuran paling utama adalah memastikan Sabah ini lebih maju dan berjaya dalam aspek pembangunan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK benarkan Taman Perdana Tanjung Aru beroperasi semula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular