HomeUtamaKos siling tambahan RM92 juta diperlukan untuk Projek Naik Taraf Loji Rawatan...

Kos siling tambahan RM92 juta diperlukan untuk Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Kogopon – Armizan

Read Time:2 Minute, 44 Second

PAPAR: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berharap Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan tambahan kos siling sebanyak RM92 juta Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Kogopon di daerah Papar.

Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berkata, kos siling tambahan itu adalah untuk membolehkan projek tersebut mula dilaksanakan tahun ini kerana ia akan siap dalam tempoh tiga tahun bagi penambahan kapasiti bekalan air bersih dan ia juga merupakan salah satu cara untuk menangani masalah gangguan bekalan air bersih yang dihadapi khususnya penduduk di kawasan daerah Papar.

“Esok saya juga terlibat mewakili Kerajaan Persekutuan bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengadakan mesyuarat bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah di Putrajaya.

“Mesyuarat itu merupakan komitmen yang diumumkan Perdana Menteri ketika Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dua minggu lepas bahawa Kerajaan Persekutuan akan membantu bukan mengambil alih, tetapi membantu untuk menangani isu yang sekian lama berlarutan iaitu antaranya masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri Sabah ini dengan kaedah-kaedah sama ada menambah peruntukan ataupun memberikan pinjaman mudah dan sekiranya ada keperluan yang lebih besar membantu untuk kita mendapatkan sukuk.

“itu adalah kaedah-kaedah yang kita akan pertimbangkan berpandukan kepada senarai yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah esok apa yang disenaraikan iaitu keutamaan PM tadi menyebut bahawa kita akan mengambil pendekatan jangka pendek, menengah dan panjang dalam usaha menangani masalah air di Sabah secara keseluruhannya termasuklah di Papar ini,” katanya pada sidang media selepas Program Semarak Perpaduan Rakyat Bersempena Sesi Ramah Mesra Bersama Paparian di Tapak Bazar Palm Square, Kinarut dekat sini hari ini.

Armizan berkata, di Papar ini terdapat satu projek yang sebenarnya telah dirancang sejak sekian lama iaitu menaik taraf Loji Rawatan Air Kogopon untuk memproses kapasiti pemprosesan 40 juta liter air sehari kepada 80 juta liter air sehari jadi harga keperluan peruntukan untuk projek tersebut adalah lebih kurang RM300 juta pada peringkat awal beberapa tahun yang lalu namun setelah lap untuk menilai keperluan kerana kita mahu laksana pada tahun ini jumlah tersebut telah meningkat RM92 juta keperluannya untuk pinjaman mudah.

“Dan tadi kita nyatakan dalam kertas tersebut (permohonan) projek itu perlu disegerakan sebab kalau kita bertangguh sebenarnya isu air ini akan berterusan, kalau tangguh juga kosnya akan lebih meningkat.

“Sebenarnya kalau ikut perancangan awal Loji Rawaran Air Kogopon itu perlu siap pada tahun ini tetapi apa yang berlaku disebabkan oleh isu-isu tertentu projek tersebut tidak berjalan sebelum ini jadi Kerajaan Persekutuan memberi komitmen untuk melaksanakan pada tahun ini namun Kerajaan Negeri memohon untuk ditambah siling peruntukan sebanyak RM92 juta.

“InsyaAllah inilah juga antara yang akan dibawa kepada Kerajaan Negeri esok dan kita berharap Kerajaan Persekutuan meluluskan siling tambahan sebanyak RM92 juta tersebut untuk membolehkan projek tersebut mula dilaksanakan tahun ini kerana ia akan siap dalam tempoh tiga tahun untuk penambahan kapasiti tersebut,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, selain pengumuman naik taraf infrastruktur jalan raya dan perparitan di kawasan Kinarut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, Armizan turut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM1.5 juta untuk projek membina Pasar Am baru di Pekan Kinarut dan akan dilaksanakan tahun ini juga.

“Ini adalah projek-projek kecil khusus untuk masyarakat di Pekan Kinarut ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular