HomeUtamaKerajaan bakal luncur tiga dasar negara, depani cabaran dunia

Kerajaan bakal luncur tiga dasar negara, depani cabaran dunia

Read Time:47 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Kerajaan bakal meluncurkan beberapa dasar negara yang lebih kental dan ampuh bagi mendepani cabaran dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata dasar itu merangkumi Pelan Perindustrian Negara yang akan dilancarkan pada Ogos ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada akhir September dan Belanjawan MADANI kedua pada Oktober.

Perdana Menteri berkata dasar negara berkenaan amat dituntut, bagi mendepani dunia yang masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan; kerancakan perdagangan ekonomi sejagat kian terbantut dan krisis iklim serta persekitaran berada di tahap genting.

“Dalam semua kerangka besar yang bakal diluncurkan, akan menjadikan landasan tatakelola yang baik, telus dan bertanggungjawab,” katanya ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara 2023 di sini hari ini.

Istiadat berkenaan berlangsung bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya