HomeUtamaDoakan pelajar terlibat segera sembuh - Arifin

Doakan pelajar terlibat segera sembuh – Arifin

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Semua pihak diminta untuk bersama-sama mendoakan agar 20 pelajar lelaki berusia 13 hingga 17 tahun yang dilaporkan mengalami keracunan metanol di sebuah sekolah menengah di Pitas agar segera diberi kesembuhan. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas tindakan segera bagi membawa pelajar mendapatkan rawatan.

“Saya berharap ibu bapa pelajar yang terlibat untuk bersabar dan sama-sama kita doakan agar para pelajar ini mendapat kesembuhan dengan segera.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak sekolah atas tindakan segera untuk membawa para pelajar mendapat rawatan,” katanya.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dari masa ke semasa akan mendapatkan perkembangan terkini mengenai pelajar terlibat.

Petang tadi, Arifin bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) Tugas-Tugas Khas Sapdin Ibrahim berkesempatan melawat beberapa pelajar terlibat yang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 dan HQE 2.

Beliau juga sempat bertemu ibu bapa dan keluarga pelajar di hospital berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular