HomeIsu tempatanSolar IoT bakal beri manfaat kepada penduduk di Kampung Lok Dangkaan, Pitas

Solar IoT bakal beri manfaat kepada penduduk di Kampung Lok Dangkaan, Pitas

Read Time:1 Minute, 43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Mini Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar IoT) akan dibina di Kampung Lok Dangkaan, Pitas.

Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar berkata, loji rawatan air itu mampu memberi manfaat kepada lebih kurang 300 orang.

Katanya, loji itu mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 30,000 liter sehari.

“Kerjasama PBNS dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula sewaktu pelaksanaan projek loji rawatan air bersih di Kampung Pituru dan Kampung Mengkapon, Pitas pada tahun 2019.

“Loji di Kampung Pituru membekalkan 20,000 liter air sehari dan memberi manfaat kepada lebih kurang 100 orang manakala di Kampung Mengkapon pula menghasilkan 60,000 liter air bersih kepada lebih kurang 500 penduduk.

“Terkini, projek yang sedang dilaksanakan oleh UMS dengan PBNS melalui saluran dana dari Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) berjumlah RM289,714 iaitu satu projek pembangunan Solar IoT Kg. Lok Dangkaan, Pitas.

“Projek yang turut dilaksanakan bersama Yayasan Nur Jauhar serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini bertujuan membangun dan menaiktaraf sistem bekalan air penduduk kampung berkenaan,” katanya semasa Majlis Menandatangani Surat Niat (LOI) PBNS dan UMS di sini, hari ini.

Kesemua projek tersebut merupakan inisiatif PBNS dan UMS melalui Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) bermatlamat untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat khususnya golongan luar bandar selaras slogan UMS Leading For Innovative Society.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansur berkata, LOI yang ditandatangani antaranya bertujuan mendapatkan dana bagi pelaksanaan aktiviti pemindahan ilmu kepada komuniti khususnya di Sabah.

“Selain itu, usaha tersebut bagi membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dengan menjalankan aktiviti berasaskan kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat serta melibatkan diri dalam bidang kerjasama yang dipersetujui oleh kedua belah pihak,”katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Datuk Al-Hambra Juhar, Ketua Pegawai Eksekutif PBNS, Dr. Awang Faisal Assyifa Ag Rahim dan Dekan FSSA UMS, Profesor Dr. Jualang Azlan Gansau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular