HomeUtamaHidupkan semula seni Islam libatkan golongan muda

Hidupkan semula seni Islam libatkan golongan muda

Read Time:1 Minute, 46 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) disaran untuk menghidupkan semula aktiviti kesenian Islam yang melibatkan generasi muda.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi aktiviti kesenian itu ianya mampu mendekatkan lagi golongan tersebut dengan nilai-nilai agama Islam.

“Program kesenian Islam seperti nasyid, hadrah, marhaban kita perlu hidupkan semula. Saya minta kepada JHEAINS dan MUIS, kita perkasakan semula program ini agar menjadi salah satu program acara yg diminati golongan muda.

“Kita mempunyai alternatif dan inilah alternatif yang terbaik untuk generasi muda belia dan beliawanis dalam mendekatkan mereka dengan nilai-nilai agama melalui nasyid, marhaban, hadrah.

“Saya yakin MUIS dan JHEAINS sudah bersedia untuk menghidupkan semula program-program seumpama ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kesenian dan Temasya Sukan MUJAS di Dewan Saadah Wisma MUIS di sini semalam

Arifin berkata, usaha itu juga dapat mengukuhkan lagi dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan kakitangan jabatan dan seterusnya agensi Islam.

“Temasya sukan ini disemarakkan lagi dengan penglibatan agensi-agensi seperti Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dan Pejabat Mufti.

“Selain itu, temasya kali ini juga mendapat sokongan padu daripada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) yang mana adalah merupakan penganjur bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi Kejohanan Ijtimak Perdana Agensi- Agensi Islam Malaysia (IJPAM) 2023 pada 1 hingga 5 Oktober depan.

“Jadi, rebutlah peluang ini kerana temasya sukan sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan diri kita seterusnya membentuk modal insan yang berkualiti,” katanya.

Justeru itu, Arifin yang juga Exco Agama Islam berharap agar usaha terbabit dapat diteruskan pada tahun akan datang bagi mengeratkan lagi silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan warga agensi di negeri ini.

Temasya Sukan MUJAS yang berlangsung enam hari mulai semalam mempertandingkan 10 acara sukan iaitu sepak takraw, bowling berpasukan, ping pong, bola tampar, badminton, bola sepak, memanah, dart, bola jaring dan futsal di beberapa vanue sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dengan penyertaan meliputi enam bahagian di Sabah,

Manakala, acara bagi karnival kesenian pula terdiri daripada pertandingan nasyid, pantun, kuiz dan kompang.

RELATED ARTICLES
Utama

Banyak pengisian baharu yang menarik sempena Regatta Lepa ke-29

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular