HomeIsu tempatanPembangunan rumah-rumah ibadat di Penampang akan terus diberi perhatian

Pembangunan rumah-rumah ibadat di Penampang akan terus diberi perhatian

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang: Keperluan dan pembangunan rumah-rumah ibadat di kawasan Penampang akan terus diberi perhatian selain perhatian kepada pembangunan-pembangunan lain.

Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, beliau mengulangi komitmennya untuk terus bekerja keras ‘membubut’ peruntukan pembangunan untuk manfaat penduduk Penampang.

“Sebagai wakil rakyat Penampang, saya akan berusaha memastikan pembangunan dan keperluan penduduk di sini terus diberi perhatian. Jaminan saya kepada penduduk Penampang ialah bekerja keras ‘membubut’ peruntukan pembangunan.

“Pembangunan yang kita rancang termasuklah keperluan gereja. Pada April lalu, saya telah menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Holy Nativity Parish Terawi Penampang bagi menjayakan sambutan Pesta Kaamatan Peringat Diosis kota Kinabalu yang disertai 23 paroki seluruh diosis Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Kaamatan Gereja St.Benedick Kg.Timbangoh Laut, Penampang, di Balai Umat St.Benedict, baru-baru ini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri, Carl Moosom.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, kesemua keperluan pembangunan di kawasan Penampang akan dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Penampang yang kini sedang dilaksanakan oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS).

Katanya, pelan pembangunan itu akan memudahkan kerajaan dan pemimpin merancang serta melaksanakan semua projek pembangunan di Penampang seterusnya menjadi rujukan kepada Rancangan Pembangunan Malaysia dan Rancangan Pembangunan Sabah akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia catat 37 tangkapan, rampasan lebih RM1.2 juta setakat Jun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular