HomeEkonomiLawatan kerja ke China: Mengukuh hubungan kerjasama dua hala antara bandaraya Xi'an...

Lawatan kerja ke China: Mengukuh hubungan kerjasama dua hala antara bandaraya Xi’an dan Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 47 Second

XI’AN: Delegasi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) diketuai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, kini dalam rangka lawatan kerja ke China.

Beliau berkata lawatan ke Xi’an adalah lawatan susulan selepas 2019 apabila Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandaraya Xi’an menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Persahabatan dan Kerjasama. Xi’an ialah ibu kota Wilayah Shaanxi di China Tengah.

“Matlamatnya adalah untuk menyambung semula dan mengukuhkan hubungan kerajaan dengan kerajaan antara dua bandaraya Xi’an dan Kota Kinabalu.

“Disebabkan pandemik Covid-19, kedua-dua pihak terpaksa menghentikan semua program yang dirancang oleh Dewan Bandaraya Xi’an dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Oleh itu, lawatan semula kami ke Xi’an adalah untuk menghidupkan semula kerjasama pelancongan dua hala dan pertukaran budaya,” kata Christina selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Datuk Bandar Xi’an, Meng Hao di Dewan Bandaraya Xi’an pada Isnin.

Menurutnya, perbincangan mereka turut menyentuh mengenai potensi pameran perdagangan dan pelaburan Xi’an di Sabah di bawah naungan Biro Konvensyen Sabah (SCB) yang baru ditubuhkan.

Pemimpin Kerajaan Perbandaran Xi’an telah bersetuju untuk mengetuai delegasi melawat Sabah atas jemputan Menteri untuk membincangkan lebih lanjut mengenai peningkatan hubungan dua hala.

Pada pertemuan dengan Naib Datuk Bandar, kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama antara STB dan agensi pelancongan untuk merancakkan aktiviti pelancongan dengan pantas.

“Inisiatif ini akan memudahkan lagi pertukaran idea, maklumat dan kepakaran, antara lain, dalam usaha memartabatkan industri pelancongan,” kata Christina.

Sementara itu, Meng menggesa usaha menjalin kerjasama pelancongan berkoordinasi dengan kerajaan Sabah untuk mempromosikan kedua-dua bandar raya itu.

“Sabah mempunyai tempat menyelam terbaik, pulau-pulau yang indah dan hutan hujan tropika. Kedua-dua kawasan saling melengkapi dari segi sumber pelancongan,” katanya.

Turut hadir ialah Konsul Jeneral Malaysia di Xi’an, Lum Wan Liang, Yao Kai Hui dari Inspektorat Kerajaan Perbandaran, Pengarah Biro Kebudayaan dan Pelancongan Xi’an, Sun Chao dan Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Perbandaran, Li Xiao Yen.

Delegasi Sabah yang turut mengiringi Christina termasuk Pembantu Menterinya merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Alesia Sion, Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Tay Shu Lan, Penolong Pengurus Pemasaran Yvonne Chin, Setiausaha Politik kepada Menteri Vivien Lee dan Pegawai Khas Menteri Robert Penggai.

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular