HomeIsu tempatanCGC, AKPK bantu usahawan & kontraktor tempatan yang berdaftar dengan DBKK

CGC, AKPK bantu usahawan & kontraktor tempatan yang berdaftar dengan DBKK

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui komponen Vibrant KK (Love KK) dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengadakan taklimat Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i serta kaunseling dan pengurusan kredit kepada para kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan DBKK.

Datuk Mayor Bandaraya Kota Kinabalu melalui ucapan beliau yang disampaikan oleh Sr. Lifred Wong, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan), DBKK mengucapkan
terima kasih kepada pihak Bank Negara Malaysia yang gigih membantu para usahawan dan kontraktor melalui agensinya iaitu CGC dan AKPK.

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Pengerusi Vibrant KK (Love KK) merangkap Timbalan Pengerusi Malaysian International Chamber Of Commerce & Industry Sabah Branch (MICCI Sabah), Datuk Susan Chang dan Life President, Federation Of Sabah Industries (FSI), Datuk Seri Wong Khen Thau.

Sementara itu, Pengurus Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Adolf Anthony Lajinga berkata, bahawa pihak CGC melalui Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i) menawarkan dan menyediakan dana pembiayaan untuk membantu usahawan bumiputera
yang terlibat di dalam pelbagai sektor ekonomi khususnya sektor pembinaan, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan. Skim pembiayaan ini disediakan khas untuk usahawan dan kontraktor tempatan.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan AKPK Kota Kinabalu, Sheirly Alfred pula turut melaksanakan perkongsian ilmu berhubung khidmat nasihat dan cadangan penyelesaian khusus bagi membantu pengusaha kecil dan sederhana dalam pengurusan kredit secara bijak serta menggalakkan amalan pengurusan kewangan yang berhemat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular