HomeUtamaPenjara Sabah berjaya capai tiga KPI standard pemenjaraan antarabangsa

Penjara Sabah berjaya capai tiga KPI standard pemenjaraan antarabangsa

Read Time:1 Minute, 48 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Jabatan Penjara Negeri Sabah berjaya mencapai tiga daripada lima Petunjuk Prestasi Utama (KPI) standard pemenjaraan antarabangsa.

Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad berkata, tiga kriteria itu termasuklah Kadar Pemenjaraan, Kesesakan Penjara dan Residivis (banduan yang melakukan kesalahan berulang).

“Bagi kadar pemenjaraan, kadar pemenjaraan banduan antarabangsa adalah pada kadar 145 orang berbanding 100 ribu orang penduduk yang hanya boleh berada di dalam penjara.

“Secara keseluruhan penjara di Malaysia melebihi kadar ini iaitu 217 orang berbanding 100 ribu orang penduduk, namun syabas kepada pengurusan penjara di Sabah kerana kadar pemenjaraan adalah  pada kadar 104 orang iaitu di bawah daripada kadar standard pemenjaraan antarabangsa.

“Bagi aspek kesesakan pula, penetapan antarabngsa adalah tidak boleh melebihi 20 peratus daripada kapasiti penjara. Namun secara keseluruhan, bagi penjara di negeri ini kapasiti kesesakan adalah antara yang terbaik iaitu pada kadar negatif tiga peratus iaitu kesesakannya adalah kurang daripada kemampuan kapasiti penjara.

“Manakala, kadar residivis di Sabah pula pada kadar 16 peratus berbanding KPI standard antarabangsa iaitu 20 peratus dan ia lebih rendah daripada kadar residivis nasional iaitu pada kadar 18.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 Zon Sabah di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, di sini semalam. 

Menurut Nordin, penjara di Sabah hanya tidak memenuhi dua standard KPI penjara iaitu populasi reman dan pemulihan dalam komuniti.

Tambahnya, standard KPI antarabangsa bagi populasi reman adalah pada kadar 20 peratus daripada keseluruhan populasi penjara yang mana kadar populasi reman penjara di Sabah adalah pada kadar 29 peratus iaitu melebihi standard yang ditetapkan.

“Manakala aspek pemulihan dalam komuniti, penjara Sabah hanya mencapai 32.3 peratus daripada sasaran KPI antarabangsa iaitu 66.7 peratus. 

“Sehubungan dengan itu, KPI ini seharusnya menjadi sasaran bagi semua pentadbir-pentadbir dan anggota Jabatan Penjara untuk dilaksanakan sebaik mungkin.

“Dengan kerjasama strategik Jabatan Penjara dengan agensi-agensi lain dalam sistem keadilan jenayah di negara ini dan menerusi konsep GREAT yang diperkenalkan Ketua Setiausaha Negara pada 9 Februari  yang lalu saya yakin kita akan menempatkan penjara kita antara pengurusan penjara yang berjaya di dunia,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular