HomeIsu tempatanTanaman hidroponik bantu atasi kos sara hidup masyarakat

Tanaman hidroponik bantu atasi kos sara hidup masyarakat

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Projek Agrosiswa yang dilaksanakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi penanaman hidroponik di kawasan fakulti dapat membantu mengatasi kos sara hidup yang kian meningkat.

Ketua Projek Agrosiswa Sofea Rosli berkata, penanaman hidroponik itu kini menjadi pilihan semua pihak kerana mudah untuk dilaksanakan selain sistem tanaman yang lebih ke arah moden.

“Proses penyediaan tanaman hidroponik juga cukup mudah sehingga membolehkan penghasilan produk makanan seperti sayuran yang sihat dan segar.

“Penyediaannya cukup mudah dengan hanya menggunakan PVC dan enjin untuk melakukan putaran air tanpa menggunakan tanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sofea berkata, penggunaan sistem hidroponik berjaya memberi impak positif bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada masyarakat.

“Penglibatan pelajar dalam aktiviti ini dapat mewujudkan semangat cinta akan tumbuh-tumbuhan.

“Masyarakat juga mampu mendapatkan hasil yang lumayan dengan memperbanyakkan lagi jenis tanaman sayuran dan tumbuhan menggunakan sistem hidroponik,” katanya.

Projek Agrosiswa merupakan salah satu aktiviti utama dibawah Program Miracle on FSSK yang dijalankan oleh pelajar tahun akhir program Komunikasi bermula 9 Mei 2023.

Tiga projek utama terdiri daripada Projek Keceriaan, Projek Agrosiswa dan Projek Kelestarian.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular