HomeUtamaLelaki mengamuk kurung ibu dan kakak, dua anggota polis cedera

Lelaki mengamuk kurung ibu dan kakak, dua anggota polis cedera

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu cedera ditetak oleh lelaki yang dipercayai kurang siuman mengamuk dengan bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah rumah di Menggatal pada Isnin (17 Julai).

Suspek yang berumur 42, merupakan bekas pesakit Hospital Bukit Padang itu mengamuk di rumahnya di Mengatal dengan bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging dan telah mengurung ibu dan kakaknya di dalam rumah dan turut mengasari kakaknya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisoner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan kejadian itu dan katanya pada jam lebih kurang 2.30 petang semalam, pihak polis telah menerima aduan dari orang awam mengenai kejadian tersebut.

“Bertindak atas aduan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah bersama sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, MPV dan Balai Mengatal telah ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, suspek telah dipujuk untuk menyerah diri, namun beliau enggan dan hanya bersetuju membebaskan kakaknya selepas itu suspek bertindak menguncikan diri bersama ibunya dalam bilik tidur.

“Selepas usaha memujuk suspek selama hampir dua jam menemui kegagalan tiada tanda-tanda suspek mahu bekerjasama untuk menyerah diri dan membebaskan ibunya, pihak polis bertindak memecahkan pintu bilik itu untuk menyerbu masuk dan telah berjaya menyelamatkan ibu suspek.

“Suspek telah bertindak aggresif dan berlaku pergelutan dengan pasukan serbuan dan suspek telah bertindak menetak dan mencederakan seorang pegawai kanan dan seorang anggota berpangkat sarjan. kedua-duanya telah mengalami cedera di lengan, kepala dan bahu kanan manakala suspek hanya mengalami cedera ringan di muka, bagaimanapun ibu suspek tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Kesiksaan iaitu perbuatan cubaan bunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan Petronas & Jabatan Perhutanan Sabah bekerjasama pulihkan Hutan Simpan Kungkular

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular