HomeUtamaKembali tumpu lawan COVID-19, awas dengan pemalsuan dan eksploitasi berita

Kembali tumpu lawan COVID-19, awas dengan pemalsuan dan eksploitasi berita

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: “Kami menjunjung kasih atas titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti yang dizahirkan baru-baru ini.

“Titah KDYMM Tuanku memperlihatkan iltizam Baginda mahu memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga,” demikian kata-kata dalam satu kenyataan bersama dari ketua-ketua penerangan parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut kenyataan itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti-parti dalam kerajaan serta ahli-ahli parlimen yang telah dengan tuntas menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Kabinetnya untuk terus memimpin negara mendepani cabaran Covid-19. Ini adalah keutamaan sebenar negara pada waktu ini, demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

Mereka menyeru seluruh lapisan masyarakat meneliti siri penjelasan yang diberikan oleh pihak Kerajaan mengenai situasi terkini.

Terlalu banyak pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi dan untuk menyelamatkan diri, termasuklah dengan mencipta berita-berita palsu dan mengeksploitasi situasi semasa melalui media sosial.

Rakyat mesti peka dengan gerakerja yang tidak bertanggungjawab ini, dan sentiasa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih untuk mengetahui situasi yang sebenar.

Dalam kenyataan itu juga, mereka menyeru supaya tumpuan dikembalikan kepada usaha menjaga kesihatan rakyat dan membina semula ekonomi negara melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional yang telah dirangka oleh Kerajaan. 

“Sebagai jentera penerangan parti-parti dalam kerajaan, kami berikrar untuk terus membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pucuk pimpinan semua parti menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” tegas mereka.

Kenyataan bersama tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ketua Penerangan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan, Parti Maju Sabah (SAPP) Chin Vui Kai, Ketua Penerangan,Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kumin, Ketua Penerangan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Koo Shiaw Lee, Ketua Penerangan, Malaysian Indian Congress (MIC) Datuk V Gunalan Pengerusi Biro Penerangan, Malaysian Chinese Association (MCA) Chan Quin Er, Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Parti Demokratik Progresif (PDP) Yong Li Na, Ketua Penerangan, Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Julita Majungki, Ketua Penerangan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato’ Idris Buang, Ketua Penerangan, Parti Rakyat Sarawak, Datuk Wilfred Nissom dan Setiausaha Publisiti dan Penerangan Pusat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Adam Yii.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) Sabah: Isu Ketelusan dan Kebimbangan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular