HomeUtamaKerjasama, Komitmen, Semangat sepasukan warga KePKAS penting untuk memastikan Visi & Misi...

Kerjasama, Komitmen, Semangat sepasukan warga KePKAS penting untuk memastikan Visi & Misi dicapai – Christina

Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama, komitmen dan semangat sepasukan warga Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah serta Jabatan dan agensi di bawahnya amatlah penting bagi memastikan Visi dan Misi serta semua program dan inisiatif yang telah dirancang dapat dicapai dengan cemerlang.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, bagi mengukuhkan peranan kementerian ini, komitmen dan kerjasama semua jabatan/agensi di bawahnya amatlah penting.

“Justeru, Saya menyeru kepada
semua agar terus meningkatkan sistem penyampaian jabatan/agensi di bawah seliaan masing-masing dan dalam masa yang sama meneroka inisiatif-inisiatif atau program yang berimpak tinggi kepada negeri ini khususnya dalam sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar,” katanya semasa berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan/agensi KePKAS di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini, hari ini.

Menurut Christina, kejayaan sesuatu kerajaan adalah berpaksikan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Justeru, saya ingin menyeru kepada warga KePKAS supaya memberi perkhidmatan yang mencapai keperluan dan kehendak pemegang taruh dan pelanggan kita,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengadakan lawatan ke negara China.

“Baru-baru ini, saya telah mengadakan beberapa lawatan kerja ke negara
China. Lawatan ini adalah susulan bagi menghidupkan semula kerjasama
pelancongan dua hala dan pertukaran budaya di antara bandaraya Xi’an dan
Kota Kinabalu yang tergendala pada tahun 2019 disebabkan pandemik Covid 19.

“Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai telah memaklumkan bahawa jumlah pelancong dari negara China ke Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hampir mencapai dua kali ganda semenjak pembukaan sempadan antarabangsa semasa majlis makan malam yang diadakan di Jing An Shangri-La,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, usaha menarik pelancong asing ke negeri Sabah khususnya dari negara China dipergiatkan lagi dengan cadangan syarikat penerbangan Air Asia untuk menubuhkan pejabat di Beijing, China bagi mempromosikan Sabah secara agresif sebagai destinasi pelancongan pilihan serta menjana publisiti bagi negeri sabah melalui platform media sosial kepada golongan muda seperti Tik Tok dan lain-lain.

“Saya yakin hasil usaha dengan mengadakan kolaborasi seperti ini pasti akan memberikan impak yang signifikan dalam kemasukan pelancongan asing ke negeri ini.

“Saya menyeru kepada semua agar usaha-usaha seperti ini perlu dipergiatkan dan diperkasakan lagi untuk menaikkan nama Sabah di mata dunia,” tegasnya.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan watikah pelantikan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang baharu bagi agensi-agensi di bawah KePKAS.

Christina berkata, tanggungjawab yang diamanahkan itu hendaklah dijalankan dengan penuh amanah, dedikasi dan komitmen yang jitu bagi memastikan tadbir urus serta melicinkan sistem penyampaian agensi di bawah Kementerian.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular