HomeIsu tempatanPameran Arts4Autism sehingga 29 Julai depan

Pameran Arts4Autism sehingga 29 Julai depan

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran dijemput hadir menyaksikan Pameran Arts4Autism Sabah 2023 mulai semalam hingga Sabtu depan.

Pameran yang julung kali diadakan itu adalah bagi mengetengahkan karya dan bakat 33 golongan autistik termasuk kanak-kanak di Balai Seni Lukis.

Presiden Persatuan Caring and Helping Individuals Learn and Develop (C.H.I.L.D) Sabah, Dr. Ian Baxter berkata, tujuan pameran tersebut diadakan adalah sebagai platform untuk mempamerkan karya golongan autistik disamping memberikan kesedaran dan kefahaman berkenaan autisme kepada orang ramai.

Program anjuran Persatuan C.H.I.L.D Sabah dengan kerjasama Balai Seni Lukis, Persatuan Autism Sabah dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah itu dirasmikan oleh wakil Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Dr. Jeremiah Daniel di sini, semalam.

Dalam majlis sama, beliau turut melancarkan buku Samantha’s Stories Edisi Kedua karya penuntut Open Universiti Malaysia, Samantha Tang yang juga merupakan remaja autistik.

Hadir sama, Pengarah Balai Seni Lukis, Sara Ahmad, Setiausaha Eksekutif Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Joeanne Lee, Presiden Persatuan Autism Sabah, Jennifer Balanting dan Pengerusi Penganjur Arts4Autism 2023, Jacqueline Lingham.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular