HomeIsu tempatanSeorang nelayan dikhuatiri hilang di perairan Tanjung Labian Lahad Datu

Seorang nelayan dikhuatiri hilang di perairan Tanjung Labian Lahad Datu

Read Time:59 Second

Lahad Datu : Sebuah bot pancing jenis pam bot yang dinaiki seorang warga Filipina dilaporkan hilang di perairan Tanjung Labian Lahad Datu di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada jam 9.28 malam, semalam.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan pada awal pagi hari ini yang melibatkan sebanyak empat buah aset laut dari Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, BOMBA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Maklumat awal yang diterima menerusi panggilan MERS 999 dari salah seorang rakan mangsa bot yang hilang setelah mengetahui mangsa tidak balik ke rumah dari menangkap ikan di kawasan perairan Tanjung Labian. 

“Pengadu yang dikenali sebagai Al-Naif telah memaklumkan bahawa mangsa bernama Jumat Abdul Rahim berumur 30 tahun dikatakan telah keluar pada pagi 25 Julai dan sepatutnya balik pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, maklumat yang diterima sehingga jam 6 petang semalam tiada sebarang petanda yang mangsa hilang itu ditemui dari tempat kejadian manakala operasi SAR ditangguh dan akan disambung semula pada keesokan hari meliputi kawasan seluas 86 batu nautika persegi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular