HomeIsu tempatanFPEP UMS jalin kerjasama bersama Hannam University, Korea Selatan

FPEP UMS jalin kerjasama bersama Hannam University, Korea Selatan

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Delegasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Dekan FPEP, Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie  Abdul Karim, telah memeterai satu kerjasama bersama Hannam Universitiy (HNU), Korea Selatan sewaktu lawatan kerja delegasi UMS ke universiti itu baru-baru ini.

Jalinan kerjasama tersebut dimeterai dalam satu majlis menandatangani dokumen Letter of Intent (LoI) yang disempurnakan oleh Mohd Rahimie yang mewakili UMS, dan Pengarah Campus Innovation Park, HNU, Prof. Dr. Gu-Hwan Ho yang mewakili HNU.

Menurut Pengarah Unit Keusahawanan FPEP, Prof. Madya Mat Salleh Ayub, lawatan itu merupakan langkah awal dalam menjalinkan hubungan tiga hala antara UMS, industri dan agensi kerajaan bagi memacu pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khususnya di negeri Sabah, selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.

“Kerjasama ini penting dalam membantu negeri Sabah melahirkan ramai usahawan dalam kalangan graduan yang berdaya saing, kreatif, inovatif serta mempunyai kebolehpasaran yang meluas dengan mengambil konsep kejayaan PMKS di Korea Selatan

“Bagi melestarikan kerjasama antara kedua-dua universiti ini, program perkongsian,  pemindahan pengetahuan dan teknologi serta pembelajaran berasaskan penghasilan produk akan dianjurkan melalui program mobiliti graduan dan staf antara UMS dan HNU,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS, Prof. Dr. Jumat Sulaiman; Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) FPEP, Dr. Sharifah Milda Amirul; Pengarah Pusat Luar UMS, Dr. Lim Thien Sang; Pengarah Akreditasi Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) FPEP, Rosle Mohidin; Pengurus akreditasi AACSB FPEP, Dr. Izaan Jamil; dan Ketua Pentadbiran FPEP, Jumiati Pajakai

Dalam pada itu, Mat Salleh menjelaskan, kolaborasi tersebut adalah berpaksikan kepada pemerkasaan peranan universiti dalam mengeksploitasi potensi membangunkan PMKS dalam kalangan graduan.

“Melalui projek Leaders in Industry-University Cooperation (LINC 3.0) yang diketuai oleh Prof. Peter Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif Hannam Bio Co., Sang-Sun Song, inisiatif ini dapat membuka ruang kepada FPEP UMS untuk turut serta dalam penerokaan membangunkan inkubator dengan menggunakan model atau Captone HNU,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular