HomeUtama533 Kenderaan Diarah 'U-Turn', 34 Kompaun Dikeluarkan Langgar SOP PPN Fasa Dua

533 Kenderaan Diarah ‘U-Turn’, 34 Kompaun Dikeluarkan Langgar SOP PPN Fasa Dua

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 533 buah kenderaan diarah berpatah balik ketika cuba melintasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang disyaki gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk merentas daerah di seluruh Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 49,663 buah kenderaan yang diperiksa di 208 SJR yang beroperasi 24 jam sehari.

“Polis turut mengeluarkan 34 kompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua yang dikesan seluruh Sabah.

“Daripada jumlah kompaun yang dikeluarkan, kesalahan gagal memakai pelitup muka antara yang tertinggi iaitu seramai 10 orang; tiada penjarakkan fizikal (9 orang); gaga; mendaftar masuk premis (7 orang);tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (6 orang) dan dua orang melakukan pergerakan keluar masuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masid berkata, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 74 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur.

Katanya, selain itu sebanyak 20 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan turut dilaksanakan dan hasil pemeriksaan tiada tangkapan dibuat.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengamal media bantu kerajaan sebar, terangkan berita tepat, sahih kepada rakyat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya