HomeUtamaKebajikan penghuni akan diberi perhatian sewajarnya

Kebajikan penghuni akan diberi perhatian sewajarnya

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan tidak akan membiarkan penghuni rumah pangsa Tanjung Aru di sini diusir dari kediaman tanpa mengambil kira kebajikan penduduk yang terlibat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, mereka yang terlibat juga telah ditawarkan kediaman lain oleh pihak Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

Katanya, antara beberapa lokasi penempatan yang dikenal pasti adalah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kibabaig dan PPR Gayang selain beberapa lokasi yang yang sedang diusahakan.

“Saya difahamkan bahawa penghuni di sini ada lebih 200 keluarga, ada yang masih kategori warga emas dibawah taraf miskin, berpendapatan rendah dan orang kelainan upaya (OKU). 

“Justeru secara prinsipnya, kita tidak boleh keluarkan penghuni tanpa ada penempatan kepada golongan yang layak atas dasar keprihatinan Kerajaan khususnya kepada golongan yang saya nyatakan tadi. 

“Selain itu, saya telah dimaklumkan bahawa LPPB telah mengeluarkan sebanyak 111 tawaran kepada penghuni di isni dan setakat ini hanya 25 sahaja yang menerima tawaran manakala empat lagi sedang dalam proses menerima tawaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama penduduk rumah pangsa Tanjung Aru di sini Jumaat lalu.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, sebahagian tawaran yang dikeluarkan LPPB itu telah ditolak berkemungkinan atas alasan-alasan tertentu.

Katanya, setakat ini juga sebanyak 70 buah rumah telah dikosongkan secara sukarela oleh penghuni terlibat.

“Jadi berdasarkan perbincangan ini dimana atas keprihatinan terhadap golongan yang disebutkan sebelum ini, saya ingin berpesan untuk yang telah menerima tawaran agar menyemak balik tawaran dan sebaiknya menerima tawaran berkenaan.

“Ini kerana untuk kita menempatkan secara serentak seramai lebih 100 penghuni ianya bukan satu perkara mudah kecuali kita ada kawasan perumahan baharu.  Dari masa ke semasa kita akan lihat jika ada kosong di perumahan PPR, kita akan berikan penempatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular