HomeIsu tempatanSeorang lelaki parah dihimpit kenderaan bergerak sendiri

Seorang lelaki parah dihimpit kenderaan bergerak sendiri

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan cedera parah selepas sebuah kenderaan bergerak sendiri ke belakang lalu menghimpitnya dalam satu kejadian di jalan Kg Pulutan, Menggatal dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4 Ogos 2021, jam 12.24 tengah hari.

Katanya, sepasukan lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Laupen Nuar dari Balai Lintas telah bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 12 kilometer dari balai.

Setiba di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa lelaki tersepit di bawah sebuah kenderan jenis Toyota Vigo.

Siasatan awal mendapati bahawa mangsa pada mulanya cuba membaiki kenderaan tersebut yang rosak di bahu jalan tiba-tiba kenderaan tersebut telah bergerak sendiri ke belakang lalu menghimpit mangsa tersebut.

Mangsa berusia 53 tahun mengalami kecederaan parah dan dikeluarkan oleh pasukan bomba seterusnya dibawa menggunakan kenderaan awam ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular