HomeUtamaProgram Ceramah Motivasi perlu diteruskan, memacu semangat golongan muda untuk berjaya -...

Program Ceramah Motivasi perlu diteruskan, memacu semangat golongan muda untuk berjaya – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN: Hampir 900 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah menengah di daerah Putatan dan Penampang menyertai Program Ceramah Motivasi SMJ anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) yang berlangsung di Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, program seumpama ini amat baik sekali terutamanya sebagai tanda kebersamaan pihak kerajaan dengan para pelajar negeri ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada IKRAR atas penganjuran program pada hari ini. Program seumpama ini amat baik sekali terutamanya sebagai tanda kebersamaan pihak kerajaan dengan para pelajar negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program tersebut.

Menurut Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan, IKRAR adalah salah satu agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah.

“Ceramah Motivasi SMJ ini ditujukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 di daerah-daerah yang ada di negeri Sabah.

“Ia bertujuan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar agar terus berprestasi cemerlang dalam bidang pendidikan dan juga kehidupan mereka.

“Dan ini juga merupakan salah satu daripada aspek pembangunan modal insan di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa program sedemikian adalah salah satu pendekatan yang perlu dilakukan dari masa ke semasa oleh pihak kerajaan kepada golongan muda dalam membangunkan modal insan di negeri ini dan juga negara.

“Ianya perlu juga dilakukan secara berterusan kerana melalui program motivasi ini, semangat mereka untuk terus mengecapi kejayaan itu akan terus dapat dipacu.

“Justeru, melalui pelaksanaan pelbagai program yang telah, sedang dan akan digerakkan membuktikan betapa Kerajaan Negeri Sabah amat menitik beratkan pembangunan modal insan negeri ini.

“Generasi muda masa kini perlu berdaya saing dan sentiasa mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap apa yang diceburi. Andalah pelapis masa hadapan untuk mentadbir negeri dan negara yang kita cintai ini,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular