HomeUtamaPeranan penting Ketua Adat di peringkat akar umbi diiktiraf Kerajaan - Ruslan

Peranan penting Ketua Adat di peringkat akar umbi diiktiraf Kerajaan – Ruslan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Tawau : Langkah Kerajaan Negeri menaikkan kadar elaun bulanan pemimpin masyarakat (Ketua Adat) di negeri ini membuktikan Sabah mengiktiraf peranan penting Ketua Adat sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, kenaikan itu juga membuktikan kemampuan kewangan Kerajaan Sabah berada pada tahap yang kukuh.

“Hari ini Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan kenaikan kadar elaun bulanan Ketua Adat yang melibatkan Ketua Daerah; Ketua Anak Negeri; Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN); Ketua Kampung dan Kapitan sleuruh Sabah melibatkan seramai 3,963 orang.

“Saya amat menyokong usaha ini dimana perkara ini pernah saya usulkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada November tahun lalu agar elaun pemimpin masyarakat ini dapat dinaikkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, hari ini Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pemimpin masyarakat di seluruh Sabah melibatkan 3,963 orang akan mendapat purata kenaikan elaun bulanan mulai September ini.

Elaun bulanan Ketua Daerah dinaikkan kepada RM3,500 daripada RM2,700 (29.6 peratus kenaikan), Ketua Anak Negeri kepada RM2,500 daripada RM1,700 (47.1 peratus peningkatan),Wakil Ketua Anak Negeri kepada RM1,300 daripada RM900 (44.4 peratus kenaikan), Ketua Kampung dan Kapitan kepada RM1,200 daripada RM700 (71.4 peratus kenaikan). 

Langkah itu akan memberi manfaat kepada 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan di seluruh negeri. 

“Ini adalah bukti komitmen Kerajaan untuk memenuhi keperluan semua pihak dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” kata Hajiji. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular