HomePendapatWujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah

Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah

Read Time:4 Minute, 56 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.         Pada minggu lepas, Menteri Sumber Manusia Malaysia menyatakan bahawa Sabah telah merekodkan kadar pengganguran 7.7% (169,800 orang) untuk Suku Pertama 2023.

Ini merupakan satu penurunan, berbanding dengan kadar pengganguran 9.1% untuk Suku Pertama 2022.

2.         Namun begitu, kadar pengganguran 7.7% tersebut adalah tertinggi di Malaysia, dan lebih dua kali ganda berbanding dengan kadar pengganguran Malaysia (3.5%). Malah jumlah pengganguran di Sabah merangkumi 29% daripada jumlah keseluruhan pengganguran di Malaysia (588,700 orang).

Ini bermakna 1 daripada 5 orang penggangur adalah di Sabah.

3.         Sudah sekian lama, kadar pengganguran di Sabah senantiasa tertinggi di Malaysia, dan meningkat. Dari tahun 2015 – 2022, kadar pengganguran Sabah adalah: 5% (2015), 5.4% (2016), 5.6% (2017), 5.8% (2018), 5.8% (2019), 8.0% (2020), 8.2% (2021), 7.7% (2022).

4.         Kadar pengganguran yang tinggi ini mungkin di sebabkan oleh pelbagai perkara, termasuklah – kurang penwujudan peluang pekerjaan baru, pekerja tidak memiliki pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak majikan, pekerja terlalu memilih pekerjaan, pekerja tidak mahu melakukan pekerjaan 3D (Dirty, Dangerous, Difficult), peluang pekerjaan hanya tertumpu di bandar tertentu sahaja.

5.         Secara am-nya, peluang pekerjaan tersedia menerusi pembelanjaan kerajaan dan pelaburan swasta. Apabila kerajaan melaksanakan projek pembangunan seperti membina jalan, hospital dan sekolah, peluang perniagaan dan pekerjaan akan tersedia. Manakala, pelaburan swasta seperti membuka kilang, mengusahakan ladang tanaman dan haiwan, menguruskan perkhidmatan perhotelan, akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.

6.         Majoriti peluang pekerjaan di sediakan melalui pelaburan swasta. Tugas kerajaan lebih tertumpu sebagai pemudah-cara dengan menyediakan polisi, insentif, eko-sistem serta suasana pelaburan yang kondusif kepada para pelabur, tempatan (DDI) dan juga asing (FDI). 

Oleh itu, para pelabur hanya akan membuat pelaburan sekiranya yakin bahawa Sabah memenuhi pelbagai kriteria di dalam Investment Checklist mereka.

7.         Pelabur akan meneliti peluang pelaburan di Sabah dengan mengambil kira beberapa kriteria utama di dalam Investment Checklist tersebut. Ini merangkumi – kos pelaburan, kestabilan politik, polisi kerajaan yang konsisten, tadbir-urus kerajaan yang tulus dan adil, kualiti infrastruktur awam seperti elektrik, air, jalan, dan ketersediaan tenaga kerja yang berkemahiran.

8.         Maka, untuk menangani kadar pengganguran yang tinggi, Sabah memerlukan banyak pelaburan swasta di dalam jumlah yang besar. Sebagai contoh. Pada tahun 2021, syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan telah melabur sebanyak RM 2.3 billion di Sabah, untuk membina kilang pengeluaran kerajang tembaga/ copper foil untuk bateri kenderaan elektrik (EV). Pelaburan berkenaan di jangka akan menyediakan 5,000 peluang pekerjaan.

Contoh mudah ini menunjukkan bahawa berbillion-billion ringgit pelaburan di perlukan untuk menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

9.         Namun begitu, Sabah terus di belenggu dengan isu legasi yang masih belum dapat di atasi sehingga kini. Kualiti serta ketersediaan infrastruktur dan kemudahan awam di Sabah seperti jalan raya, elektrik, air, hospital dan sekolah masih tidak memuaskan. Ini telah menyebabkan pelabur sangsi tentang tarikan Sabah sebagai sebuah destinasi pelaburan yang berdaya-saing.

10.       Isu legasi tersebut akan mengambil masa yang lama dan memerlukan dana kewangan yang besar untuk di atasi. Sebagai contoh. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, untuk meningkatkan keupayaan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang cekap di Sabah, di anggarkan dana sejumlah RM 18.3 billion di perlukan.

Berapa pula dana yang di perlukan untuk membina rangkaian jalan raya yang lebih baik? Berapa pula dana yang di perlukan untuk menghasilkan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi?

Sudah pasti berbillion-billion ringgit.

11.       Justeru itu, nampaknya kadar pengganguran tinggi di Sabah tidak akan selesai di dalam masa terdekat. Malah ramai rakyat Sabah telah berhijrah ke luar negeri Sabah untuk mendapat pekerjaan. Adalah di anggarkan hampir 200,000 rakyat Sabah sedang bekerja di Semenanjung Malaysia.

12.       Pada masa yang sama, Kerajaan Sabah perlu memastikan tenaga kerja yang memasuki alam pekerjaan memiliki kelayakan yang sesuai dan memenuhi kehendak majikan. Ini akan dapat membantu usaha mengurangkan kadar pengganguran di Sabah. Peluang latihan, termasuklah up-skilling dan re-skilling, wajar di sediakan secara meluas dengan dana kewangan yang mencukupi dan fasiliti latihan yang moden serta mencukupi.

13.       Tambahan lagi, Kerajaan Sabah hendaklah meningkatkan usaha untuk menarik lebih ramai rakyat Sabah untuk mengikuti jurusan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics). Menurut Ketua Menteri Sabah, ketika ini, hanya 27% pelajar di Sabah terlibat di dalam bidang STEM. Kebolehpasaran graduan STEM adalah tinggi untuk memenuhi keperluan IR 4.0.

14.       Di samping itu, Kerajaan Sabah wajar meneliti isu under-employment, terutamanya yang melibatkan golongan belia dan siswazah. Secara ringkasnya, under-employment berlaku apabila seseorang pekerja melakukan pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelulusan atau kemahiran yang di miliki. Sebagai contoh. Kini ramai belia siswazah yang terpaksa melakukan pekerjaan gig economy seperti penghantar makanan, pemandu kenderaan, kerana tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan yang di miliki.

15.       Menurut laporan media, pada bulan Jun 2023, Jemaah Menteri Negeri Sabah telah meluluskan penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah (MPBS). Dengan wujudnya MPBS tersebut, isu berkaitan pekerja, termasuklah kadar pengganguran, mampu di tangani dengan lebih cepat, berkesan serta menyeluruh.

16.       Pada pembentangan Belanjawan Sabah 2023, ekonomi Sabah di unjurkan meningkat sebanyak 5.0% pada tahun 2023. Pertumbuhan ekonomi ini akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Sedikit demi sedikit, kadar pengganguran di Sabah boleh di kurangkan. Rakyat Sabah juga harus bersedia dengan memiliki pengetahuan serta kemahiran yang relevan.

17.       Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera. – FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular