HomeUtamaFAMA Sabah sasar nilai jualan durian premium sebanyak RM100,000

FAMA Sabah sasar nilai jualan durian premium sebanyak RM100,000

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah mensasarkan jualan durian premium di negeri ini sekitar 2.5 tan dengan anggaran nilai jualan sebanyak RM100,000.

Pengarah FAMA Sabah Sarman Sidno berkata, jualan menerusi program Durian Extravaganza itu dilaksanakan seiring dengan musim buah-buahan yang dijangka akan berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Katanya, pelaksanaan program itu juga adalah bagi membolehkan masyarakat di negeri ini menikmati durian premium pada harga mesra rakyat di samping menyasarkan pemasaran kepada pelancong asing yang tiba ke negeri ini.

Program jualan yang dilaksanakan di Bataras Marketplace itu adalah kerjasama di antara pejabat FAMA Sabah dengan pasar raya Bataras dan Persatuan Penanaman Durian Sabah (PPDS).

“Kerjasama strategik ini membolehkan FAMA menyampaikan khidmat pemasarannya kepada penanam durian melalui PPDS dan kepada pengguna melalui Bataras.  Menerusi kerjasama ini juga tidak kurang 15 ahli PPDS yang giat menanam durian premium menjadi pembekal raja buah ini.

“Selain durian dan buah-buahan tempatan, program ini turut mempromosikan produk hiliran asas tani yang sedia ada dijual di Bataras,” katanya.

Program itu dirasmikan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanana dan Industri Asas Tani Peto Galim.

Sarman berkata, pihaknya turut menyediakan outlet pemasaran FAMA menerusi Gerai Buah-Buah Segar (GBBS) sebagai persediaan kemuncak musim buah-buahan yang dijangka pada September ini.

“Jualan yang direkodkan menerusi GBBS bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini adalah sebanyak lebih RM3.4 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Peto berkata, pelaksanaan program Durian Extravaganza itu merupakan satu inisiatif yang baik bagi membantu pekebun durian memasarkan keluaran raja buah it uke outlet pasar raya Bataras.

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang terlibat dan usaha ini merupakan satu sinar baharu kepada pekebun-pekebun di luar sana dimaan kita sudah mempunyai jaringan pemasaran menerusi pasar raya Bataras,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular