HomeUtamalihat peta nasional dengan cara yang 'objektif' kata Jurucakap China

lihat peta nasional dengan cara yang ‘objektif’ kata Jurucakap China

Read Time:54 Second

China berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat melihat edisi 2023 peta nasional standardnya dengan cara yang “objektif dan rasional,”

jurucakap Kementerian Luar Negeri Wang Wenbin berkata demikikan semasa sidang akhbar apabila diminta memberikan komen mengenai laporan beberapa negara, termasuk Filipina, India, dan Malaysia, yang memprotes peta baru tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Wang Wenbin, berkata China berharap pihak yang berkaitan dapat melihat edisi 2023 peta nasional standardnya dengan cara yang ‘objektif dan rasional.’ – AF

2 hari lepas China dilihat cuba melakukan provokasi apabila Peta Standard China 2023 yang diterbitkan Kementerian Sumber Aslinya jelas menunjukkan garisan yang melangkaui sempadan di Sabah dan Sarawak.

Selain dua wilayah Malaysia tersebut, garisan sempadan itu juga melepasi Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Brunei, Filipina, Indonesia, dan Vietnam, selain beberapa kawasan di Arunachal Pradesh, Jammu dan Kashmir di India, dan wilayah Aksai Chin di Taiwan.

Agensi berita antarabangsa melaporkan, peta itu diterbitkan berdasarkan dakwaan Beijing bahawa jajahan mereka direkodkan seawal tahun 1940an, namun sebelas garisan putus-putus yang mereka gunakan untuk menandai kawasan mereka telah dikurangkan kepada sembilan garisan sewaktu era Mao Zedong (1943 – 1976).

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular