HomeUtamaPenduduk Di Lokaliti PKPD Diminta Untuk Tidak Lari, Bantu Kurangkan Penularan Jangkitan...

Penduduk Di Lokaliti PKPD Diminta Untuk Tidak Lari, Bantu Kurangkan Penularan Jangkitan COVID-19

Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN : Penduduk di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini diminta untuk tidak lari dan bersembunyi ke kawasan lain.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata, tindakan itu akan mengakibatkan risiko jangkitan akan meluas kepada orang sekeliling.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengingatkan kepada keluarga mahupun rakan sekiranya dijangkiti COVID-19 supaya sentiasa mematuhi arahan yang diberikan termasuk melakukan kuarantin kendiri atau ke pusat kuarantin yang disediakan.

“Apa yang penting, jangan lari, patuhi arahan kerajaan selain tidak panik apabila satu lokaliti itu diumumkan dan dikenakan PKPD,” katanya ketika meninjau pejabat Mahkamah Anak Negeri daerah Putatan disini kelmarin.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, pelaksanaan PKPD itu adalah bagi menghadkan pergerakan agar penduduk di lokaliti berkenaan dapat mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, pemimpin masyarakat juga  perlu peka terhadap keadaan kawasan sekitar bagi membantu masyarakat setempat.

Katanya, ia bertujuan bagi membantu kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang baik dan selamat kepada masyarakat.

“Penting untuk kita semua sebagai pemimpin masyarakat untuk sentiasa peka kepada keadaan sekitar kita, keluarga, penduduk kampung terutama penduduk tempatan.

“Saya juga berharap pemimpin masyarakat dapat sama-sama membantu dalam menyedarkan masyarakat untuk menerima vaksin yang diberikan oleh kerajaan bagi mencapai imuniti kelompok agar kehidupan lebih selamat dan selesa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular