HomeUtamaYee Tsai Yiew dilantik sebagai Pegawai Khas kepada KM

Yee Tsai Yiew dilantik sebagai Pegawai Khas kepada KM

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) N.20 Api-Api Yee Tsai Yiew dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Yee yang merupakan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk kawasan Parlimen Kota Kinabalu pada Pilihan Raya Umum yang lalu, menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Menteri kepadanya untuk memegang jawatan tersebut.

Yee berkata pelantikan itu adalah bukti Ketua Menteri mengutamakan kepentingan memperkasakan belia, khususnya wanita muda, dalam perkhidmatan sosial.

“Saya akan melakukan yang terbaik dalam tugas saya sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran Sabah,” katanya.

Yee berharap pelantikannya akan menggalakkan lebih ramai penyertaan wanita dalam tadbir urus sosial dan politik, serta membawa perspektif dan pendekatan baharu.

Dalam perkembangan lain, Yee akan berlepas ke Beijing, China pada 7 sehingga 27 September untuk menghadiri Seminar Pembangunan Keupayaan untuk Pegawai Wanita dalam Pengurusan Sosial dari Negara- Negara Membangun, sebagai wakil Kerajaan Negeri.

Seminar yang dianjurkan oleh Universiti Wanita China itu akan menawarkan pengalaman dan pandangan berharga mengenai penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi dan sosial dari negara- negara membangun.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular