HomeUtamaStarlink Dipasang Di Sk Malaing Keningau, Sabah - Fahmi

Starlink Dipasang Di Sk Malaing Keningau, Sabah – Fahmi

Read Time:56 Second

BERNAMA


KUALA LUMPUR,  Satu unit peranti satelit Starlink dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Malaing, terletak di Kampung Malaing, Keningau di Sabah, yang sebelum ini berdepan dengan masalah telekomunikasi yang teruk.

Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. 

“Insya-Allah saya akan teruskan lagi usaha untuk memastikan 100 peratus kawasan berpenduduk mempunyai akses internet. Kini masih berbaki tiga peratus,” katanya.

Guru Besar SK Malaing Denis Gapilit menerusi hantaran video yang dikongsikan Fahmi berkata guru-guru, murid dan komuniti am, khususnya yang berada di sekitar sekolah itu dapat menerima manfaat dengan pemasangan peranti itu.

“Perkhidmatan internet Starlink ini akan memudahkan guru-guru melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian, yang memang sekarang ini sedang diguna pakai di seluruh Kementerian Pendidikan Malaysia, begitu juga dengan murid-murid.

 “Perkhidmatan ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk mengakses data-data yang terdapat di dalam (sistem) pembelajaran secara dalam talian,” katanya dalam video berdurasi 58 saat, yang turut memaparkan pemasangan peranti itu di atas bumbung dewan serba guna sekolah berkenaan. 

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Jumlah pelawat ke Sabah menurun paras terendah ketika...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular