HomeUtamaTular video kejadian kematian ikan, bukan berlaku di Sabah - Dr Jeffrey

Tular video kejadian kematian ikan, bukan berlaku di Sabah – Dr Jeffrey

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan melalui siasatan Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan isu kejadian kematian ikan yang tular baru-baru ini tidak berlaku di Sabah.

Perkara ini merujuk video ditularkan sejak beberapa hari ini mengenai kejadian ikan yang mati terapung hanyut di perairan yang tidak dikenalpasti yang dikaitkan dengan pelepasan sisa toksik di Fukushima, Japan.

Timbalan Ketua Menteri l merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan , Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kementeriannya melalui siasatan Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan isu kejadian kematian ikan yang tular itu tidak berlaku di Sabah dan ia disahkan berlaku beberapa minggu lepas di Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu, ikan-ikan yang dipelihara dalam sangkar.

Menurutnya, penyebab kematian di fahamkan oleh kejadiaan algae blooming dan tidak ada kaitan dengan pelepasan sisa toksik.

“Kementerian ingin menasihatkan agar pihak awam tidak bimbang tentang situasi ikan yang mungkin tercemar akibat racun toksik kerana, Jabatan Perikanan Sabah dan beberapa agensi serta pihak institusi sedang memantau rapi situasi dan telah mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Jeffrey turut memohon orang ramai khususnya para nelayan agar dapat melaporkan segera jika melihat kejadian kematian ikan dengan jumlah yang banyak secara tiba-tiba di mana-mana perairan di Sabah.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular