HomeIsu tempatanYNJ, Pertubuhan UHF jalin kerjasama bantu golongan miskin

YNJ, Pertubuhan UHF jalin kerjasama bantu golongan miskin

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu: Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Ummul Hayat Foundation (UHF) untuk menyantuni golongan miskin.

Pengerusi Pertubuhan Amal Tarbiyatun Nisa, Faridah Abu Bakar Titingan selaku rangkaian perhubungan antara organisasi berkata, UHF yang berpangkalan di Zamboanga telah banyak membuat kerja-kerja amal membantu orang-orang miskin di kepulauan tersebut.

“Kita membawa pengerusi UHF ke istana hari ini bertujuan menjalinkan perhubungan dan kerjasama dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) bagi membantu rakyat miskin di kepulauan Zamboanga.

“Seperti YNJ, pertubuhan UHF juga banyak melaksanakan kerja-kerja amal antaranya membina dan menguruskan madrasah yang digunakan oleh orang-orang miskin, membina masjid dan juga sebuah taman yang di namakan I Love Muhammad di atas tanah seluas lima hektar yang didermakan sendiri oleh pengerusinya.

“Selain itu, UHF juga bertanggung jawab mewujudkan sumber bekalan mata air yang disalurkan kepada 13 kampung sekitar Zamboanga yang jaraknya ada yang mencapai 5 kilometer dari bekalan mata air, “katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Pada kunjungan tersebut, Toh Puan Norlidah turut menyumbangkan RM3,000 secara peribadi kepada pertubuhan UHF bagi membantu golongan yang memerlukan.

Turut hadir, Pengerusi YNJ, Datuk Al Hambra Tun Juhar, Pengerusi Pertubuhan UHF, Shaikha Habib Hassan dan Hamja Habib Hassan serta Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Pertubuhan Amal Tarbiyatun Nisa, Aisyah Abdul Halim dan Nur Aina Abdurraji Osman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya