HomeIsu tempatan118 kertas kajian sertai IGesCon2023

118 kertas kajian sertai IGesCon2023

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 118 kertas kajian dari dalam dan luar negara berjaya menyertai ‘2nd International General Studies Conference 2023 (IGesCon2023)’ yang diadakan selama dua hari berakhir semalam.

Program yang diadakan secara atas talian itu dianjurkan bersama Politeknik Negeri Pontianak, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah.

Penganjuran kali kedua itu bertemakan ‘Ke Arah Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari’ dan dimulakan dengan ucaptama pensyarah Politeknik Negeri Pontianak Dr. Didik Mohd Nur Haris dan pensyarah Mindanao State University-Iligan Institute of Technology (MSU-IT) Filipina Dr. Nelia G. Balgoa pada hari pertama.

Manakala hari kedua diteruskan dengan

pensyarah Universiti Malaysia Sarawak Prof. Dr. Ting Su Hie  dan seterusnya daripada Penolong Professor di Universiti Teknologi Brunei Dr. Malai Zeiti Sheikh Abdul Hamid.

Dalam pada itu, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed berkata, konferens ini menjadi wadah yang unik untuk pendidik dan pelajar berkongsi dan berbincang inovasi terkini, tren dan isu semasa. 

Tambah Pengarah PKK, Dullah Muluk, inisiatif ini memberikan peluang pada para peserta untuk mengasah dan meningkatkan kreativiti mereka dalam menghasilkan kajian yang berkualiti tinggi, seterusnya diiktiraf secara global.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Negeri Pontianak, Indonesia Dr. H. Widodo Putro Suharto. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan alumni UPNM di Sabah bantu kukuhkan hubungan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya