HomeIsu tempatanLebih 3,500 hadir meriahkan Hari Terbuka PPD KK

Lebih 3,500 hadir meriahkan Hari Terbuka PPD KK

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Lebih 3,500 pengunjung hadir memeriahkan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu yang diadakan selama dua hari berakhir semalam.

Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Kinabalu Suhaimi Matshah berkata, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program itu berlangsung antaranya pertandingan mewarna, bintang kecil, pameran dan pelbagai aktiviti lain.

Katanya, Hari Terbuka PPD itu mencakupi tujuh kluster program yang terdiri daripada inovasi pengajaran dan pembelajaran, inklusiviti dalam pendidikan, perkhidmatan berteraskan digital, pemantapan model insan, kurikulum dan pentaksiran, potensi dan bakat murid, dan memperkukuh infrastruktur.

“Bersesuaian dengan pelbagai inisiatif KPM dalam program ‘Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan’ Hari Terbuka PPD mempunyai dua objektif yang mantap, jitu, ke arah impak keberhasilan kecemerlangan pendidikan secara holistik. 

“Objektif pertama ialah menyampaikan maklumat terkini, dasar, dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada pemegang taruh, pelanggan dan rakan strategik. Objektif kedua pula adalah mempamerkan inovasi dan pencapaian hasil murid dan guru melalui penerapan elemen Sekolahku Sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka PPD Kota Kinabalu di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Mohammad Ariff Tun Sakaran.

Suhaimi berkata, pihaknya turut berharap Hari Terbuka PPD itu juga akan dapat merealisasikan aspirasi pendidikan ke arah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 

Katanya, kolaboratif positif daripada semua pihak juga akan banyak membantu usaha merakyatkan pendidikan untuk semua dan pendidikan tanggungjawab semua. 

Menurutnya, program seumpama itu turut berperanan besar dalam memacu pendidikan yang berkualiti menerusi kreativiti dan inovasi pelbagai lapangan dan peringkat pendidikan.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, Hari Terbuka PPD itu turut memberi fokus sasaran kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada warga sekolah, Ibu Bapa, Komuniti, NGO, pemegang taruh, dan semua pihak berkepentingan dalam pengurusan perkhidmatan pendidikan, signifikan dengan merakyatkan pendidikan dan pendidikan untuk semua. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

5,000 umat Islam hadiri santai rohani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular