HomeIsu tempatanUMS, MPM meterai MoA, teruskan agenda kecemerlangan akademik

UMS, MPM meterai MoA, teruskan agenda kecemerlangan akademik

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi meneruskan agenda kecemerlangan akademik di sini kelmarin.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, MoA itu menandakan satu peristiwa penting antara kerjasama kedua-dua institusi untuk mengadakan Malaysian University English Test (MUET) di China.

“Sebagai peperiksaan bahasa Inggeris yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, penilaian MUET biasanya diambil oleh pelajar tempatan dan antarabangsa sebelum memasuki universiti Malaysia.

“MoA antara UMS dan MPM dapat membantu meningkatkan lagi status MUET sebagai Rangka Rujukan Bersama Eropah untuk penilaian bahasa sejajar dalam kalangan pelajar asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,

Majlis menandatangani MoA itu dijalankan di bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif UMS di sini.

Dr Kasim berkata, langkah itu adalah selaras dengan aspirasi UMS untuk mengambil lebih ramai pelajar antarabangsa dan visi MPM untuk mengembangkan MUET di negara lain.

Katanya, dengan menggunakan MUET di China, universiti dapat meluaskan kumpulan pelajar berpotensi dengan hubungan kerjasama yang baik bersama MPM.

“MoA yang telah dipersetujui secara tidak langsung dapat membuka lagi peluang UMS untuk bekerjasama dengan rakan strategik dari China dalam hal berkaitan pendidikan,” katanya.

Bersempena dengan majlis tersebut, Dr. Kasim turut memuji Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) atas usaha gigih mereka merealisasikan MoA tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif MPM, Adnan Husin memaklumkan, terdapat 17 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) antarabangsa yang mengiktiraf MUET sebagai kelayakan kemasukan untuk International English Language Testing System (IELTS) dan Test of English as a Foreign Language (TOEFL).

Beliau menyatakan hasrat bahawa MPM komited untuk meningkatkan profilnya sebagai penyelia ujian pendidikan tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa khususnya kepada universiti.

Tambahnya, MPM mengucapkan terima kasih kepada Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Prof. Dr. Murnizam Halik dan Ketua Program TESL, Dr. Wirawati Ngui atas sokongan dan insiatif strategik dalam menjayakan MoA tersebut.

Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif MPM,  Ahmad Khairul; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin dan Penasihat Undang-undang UMS, Awang Suhaizam Bungso. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular