Oleh: Wan Azrain Adnan
1. Pada Ogos 2023, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan telah mengumumkan kejayaan Projek Perintis Mini Sekinchan Smart Sawah Berskala Besar (SBB) MADA di Kg Lat 1000, Perlis. Projek Perintis berkenaan telah berjaya menghasilkan padi sebanyak 10.45 tan/ hektar.
2. Ini adalah satu pencapaian yang amat memberangsangkan, dengan peningkatan lebih 60% dari hasil padi yang pernah di rekodkan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Dalam tempoh 2 dekad (2000 – 2019), hasil kasar padi yang di rekodkan di kawasan MADA adalah di antara 4.76 hingga 6.49 tan/ hektar. Malah, dalam tempoh tersebut, hanya tiga kali sahaja hasil kasar padi melebihi 6 tan/ hektar: 6.155 tan/ hektar (2009), 6.494 tan/ hektar (2014), 6.194 tan/ hektar (2016).
3. Projek Smart SBB Mini Sekinchan merupakan idea Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan sebagai satu usaha untuk meningkatkan hasil padi dengan segera. Secara ringkasnya, di bawah projek ini, penanaman padi di laksanakan mengikut model dan amalan pertanian yang diguna-pakai oleh petani di kawasan Sekinchan, Selangor. Penanaman padi di Sekinchan senantiasa menjadi rujukan kerana ianya telah berjaya menghasilkan jumlah padi yang tinggi secara konsisten, sehingga 12 tan/ hektar.
4. Projek Mini Sekinchan ini adalah kesinambungan kepada Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) yang telah di lancarkan oleh Kerajaan Malaysia pada awal tahun 2021. Pelaksanaan Program Smart SBB melibatkan penyertaan syarikat peneraju yang di lantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menguruskan penanaman padi secara estet padi bersama dengan petani. Pengurusan secara estet padi dapat meraih kelebihan skala ekonomi/ economies of scale, dengan meningkatkan kecekapan pengurusan dan produktiviti, serta mengoptimumkan kos.
5. Usaha Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penanaman padi secara estet adalah tindakan yang tepat, memandangkan penanaman padi masih di usahakan secara kecil-kecilan di seluruh negara. Sebagai contoh. Di kawasan MADA, purata keluasan sawah padi yang di usahakan oleh petani hanyalah 2.12 hektar. Pada masa yang sama, ramai petani sudah lanjut usia, dengan purata umur 60.2 tahun.
6. Tambahan lagi, penanaman padi secara estet adalah selari dengan padi sebagai satu tanaman komuniti. Penanaman padi tidak akan berjaya jika ianya di lakukan tanpa kerjasama semua petani setempat. Ini kerana kelemahan atau kegagalan seseorang petani di dalam menguruskan penanaman padi dengan baik akan memberi kesan kepada seluruh petani setempat. Ini adalah satu cabaran penanaman padi, terutamanya melibatkan petani yang memiliki sikap mementingkan diri sendiri serta ambil-mudah dengan mengamal penanaman padi 3T (Tanam, Tinggal, Tuai).
7. Justeru itu, apabila padi di usahakan secara estet, amalan pertanian baik/ good agricultural practices dapat di seragamkan. Aktiviti menguruskan sawah padi dapat di selaraskan. Kos operasi penanaman padi dapat di optimumkan. Sekiranya padi menghadapi sebarang isu seperti – penyakit dan makhluk perosak, ianya dapat di tangani bersama dengan pantas dan efektif. Ringan sama di jinjing, berat sama di pikul. Itulah model penanaman padi yang ideal.
8. Strategi Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan hasil padi serta Kadar Sara Diri beras negara mestilah tidak memberi beban tambahan kepada kewangan negara secara berterusan untuk jangka masa yang lama. Ini adalah pendekatan yang wajar di ambil oleh Kerajaan Malaysia agar jumlah subsidi yang di peruntukkan untuk industri padi tidak semakin melonjak tinggi.
9. Jumlah peruntukkan subsidi padi negara telah menunjukkan trend yang meningkat; RM 1.49 billion (Belanjawan 2019), RM 1.5 billion (Belanjawan 2022), RM 1.6 billion (Belanjawan 2023).
Persoalannya: adakah Kerajaan Malaysia mampu untuk menanggung jumlah subsidi yang besar dan kian meningkat untuk tempoh masa yang lama?
10. Di samping itu, ini merupakan situasi yang agak pelik dan ironik, kerana ketika jumlah subsidi meningkat naik, Kadar Sara Diri beras negara pula menunjukkan trend yang menurun, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM): 72.3% (2015), 70.3% (2016), 70% (2017), 69% (2018), 65% (2021).
11. Secara am-nya, subsidi yang di peruntukkan untuk industri padi terbahagi kepada dua perkara utama, iaitu – subsidi input dan subsidi output. Subsidi input merangkumi subsidi yang di berikan kepada petani untuk menampung kos pengeluaran padi, seperti – baja, racun, pembajakan sawah, perataan tanah. Ini termasuklah – Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), Insentif Benih Padi Sah (IBPS). Manakala subsidi output, iaitu Skim Subsidi Harga Padi (SSHP), di berikan berdasarkan jumlah hasil padi yang dapat di hasilkan oleh petani.
12. Sebagai contoh. Berdasarkan Belanjawan 2019, jumlah peruntukkan subsidi dan insentif padi negara berjumlah RM 1.49 billion, merangkumi: Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) – RM 382.5 juta, Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) – RM 413.8 juta, Insentif Benih Padi Sah (IBPS) – RM 75 juta, Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) – RM 626.5 juta.
13. Kedua-dua subsidi input dan output masih di perlukan untuk menghasilkan padi. Pada awal Ogos 2023, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan serta-merta Skim Subsidi Harga Padi (SSHP), dari RM 360/ tan kepada RM 500/ tan. Kenaikan ini akan melibatkan peruntukkan tambahan sebanyak RM 1 billion setahun. Kali terakhir kenaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) adalah pada tahun 2019, dari RM 300/ tan kepada RM 360/ tan.
14. Ini adalah tindakan yang tepat oleh Kerajaan Malaysia. Subsidi output wajar di berikan lebih keutamaan sebagai galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi. Di masa akan datang, wajar di pertimbangkan agar subsidi input di kurangkan dan di salurkan kepada subsidi output. Kerajaan mesti beralih kepada model subsidi berteraskan pencapaian/ outcome, serta memberi ganjaran tambahan kepada petani yang mencapai hasil padi yang di sasarkan.
15. Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan juga di laporkan menyeru negeri-negeri untuk membangunkan kawasan penanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran beras dalam negara. Malah, baru-baru ini, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di laporkan berkata bahawa Kerajaan Malaysia telah mengenal pasti kawasan seluas 50,000 hektar untuk pelaksanaan projek penanaman padi di Sarawak dan Sabah.
16. Sekiranya kawasan penanaman padi yang baru di bangunkan dengan meluas, ianya akan meningkatkan jumlah subsidi industri padi. Sudah pasti ianya akan menambah beban kewangan negara. Di samping itu juga, pembangunan kawasan penanaman padi yang baru akan melibatkan jumlah pelaburan yang amat besar.
17. Sebagai contoh. Pada pertengahan tahun 2022, Timbalan Ketua Menteri Sabah di laporkan berkata bahawa Sabah memerlukan dana sejumlah RM 10 billion untuk pembangunan industri padi. Dana yang besar ini di perlukan untuk pelbagai perkara, termasuklah – infrastruktur pengairan dan saliran, subsidi baja, input pertanian dan jentera pertanian.
18. Maka, Kerajaan Malaysia wajar menumpukan usaha dan sumber kewangan untuk meningkatkan hasil padi dari kawasan penanaman padi sedia ada. Ini kerana pelaksanaan inisiatif seperti Projek Smart SBB Mini Sekinchan tidak melibatkan penambahan jumlah subsidi input, dan tidak juga memerlukan jumlah pelaburan tambahan dari Kerajaan Malaysia.
19. Justeru itu, Projek Smart SBB Mini Sekinchan perlu di buktikan dapat di laksana secara mampan dan menghasilkan kuantiti padi dengan banyak secara konsisten. Seterusnya, pelaksanaan-nya boleh di perluas ke seluruh negara agar lebih ramai petani dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi, dan Kadar Sara Diri beras negara dapat di tingkatkan.