HomeIsu tempatanUMS rai 437 kakitangan dan pesara pada AKU 2023

UMS rai 437 kakitangan dan pesara pada AKU 2023

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu: Seramai 437 kakitangan dan pesara Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraikan dalam Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) 2023 yang berlangsung di Pusat Islam UMS, di sini, semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 165 orang adalah penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 70 penerima Anugerah Inovasi, dan 27 pesara penerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Majlis AKU 2023 turut meraikan 70 kakitangan yang genap berkhidmat selama 25 tahun dengan memberi Anugerah Sanjungan Budi, 94 penerima Anugerah Jasa Setia (berkhidmat 20 tahun) dan 80 penerima bagi Anugerah Jasa Bakti (berkhidmat 10 tahun).

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Kasim dalam ucapannya berkata kakitangan UMS perlu menghayati konsep Negara MADANI yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Kita akan dapat menelaah, mempelajari dan memahami bahawa wujud suatu konsep atau ciri-ciri sumber manusia yang cekap dan berwibawa.

“Ini adalah kerana MADANI itu mempunyai enam nilai teras yang unggul kualitinya, mendalam maknanya, yakni kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

“Selaku institusi ilmu, kita di universiti perlu turut sama menghayati maksud MADANI ini dan dengan sebaik mungkin menerapkannya ke dalam gerak kerja dan tindakan yang kita lakukan,” katanya.

Tambah Kasim, beliau percaya dengan pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang ada pada diri kakitangan, mereka mampu untuk terus mencurah khidmat bakti kepada komuniti dan masyarakat.

“Bak kata bidalan, ‘Dibuang ke laut menjadi pulau, ditebar ke langit menjadi bintang, dilempar ke hutan menjadi gunung’.

“Teruskan usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan menjadikan UMS sebagai institusi pengajian tinggi yang terus melakar pelbagai kejayaan pada masa hadapan,” jelasnya.

Kasim turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah pada majlis tersebut.

“Semoga penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan dapat menyuntik semangat tuan-tuan dan puan-puan untuk terus berkhidmat dengan lebih berdedikasi, berintegriti dan penuh iltizam demi kecemerlangan universiti kita yang tercinta ini,” ujarnya.     

Pada majlis tersebut juga, Kasim turut melancarkan Pelan Transformasi UMS 2050 dan Pelan Strategik UMS 2023 – 2027.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan Pendaftar UMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis AKU 2023, Luqman Ridha Anwar. –FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular