HomeIsu tempatanOp Kasmar pentas kerjasama Maritim Malaysia, JKDM

Op Kasmar pentas kerjasama Maritim Malaysia, JKDM

Read Time:1 Minute, 46 Second

Labuan : Seramai 70 orang pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini bekerjasama melaksanakan Op Kasmar 1/2023.

Program yang dilaksanakan selama empat hari berakhir Jumaat lalu itu membabitkan penglibatan 45 pegawai dan anggota Maritim Malaysia manakala selebihnya melibatkan pegawai dan anggota JKDM.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda Ramly berkata, operasi itu tela mencatatkan sebanyak 27 pemeriksaan melibatkan masing-masing sembilan penggeledahan, visual dan Rondaan Pesisir Air (RPA). 

Katanya, operasi itu turut meliputi taklimat pencegahan pelanggaran undang-undang serta pencegahan mencari dan menyelamat (Carilamat) yang telah dilaksanakan pada fasa darat dan laut.

Tambahnya ia adalah dalam usaha meningkatkan kesedaran kepada komuniti maritim di Wilayah Persekutuan Labuan tentang keselamatan ketika berada di laut .

Hadir sama Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Kepten Maritim Mahmad Faizal Ahmad serta wakil dari JKDM Mohd Nasir Mustapha dan Pegawai Memerintah PMK Kota Kinabalu, Sabah Dr Nicholas Marcus.

Operasi ini telah dimulakan dengan fasa pengenalan iaitu taklimat perkongsian ilmu oleh JKDM mengenai akta-akta kastam dalam penguatkuasaan undang-undang di dalam negara.

Manakala Maritim Malaysia turut berkongsi kepakaran secara teori dan juga praktikal dalam tatacara menggeledah semasa melakukan pemeriksaan di darat dan juga di laut.

Dibahagikan kepada dua fasa, operasi di peringkat fasa darat melibatkan pemantauan dan pemeriksaan di pantai dan jeti oleh pegawai dan anggota Maritim Malaysia dan JKDM.

Manakala fasa di laut pula melibatkan empat sektor iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta yang melibatkan aset laut Maritim Malaysia iaitu Bot Kilat 40 serta Bot Penumpas 087 milik JKDM.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak Abdul Aziz berkata, operasi seperti ini penting bagi meningkatkan professionalisme yang dimilki kedua-dua jabatan dalam menguatkuasakan undang-undang di Malaysia.

Katanya, sebarang kelemahan yang telah dikenalpasti dalam operasi tersebut dapat diperbaiki agar tidak berlaku pada masa hadapan.

“Maritim Malaysia berharap agar kerjasama bersama JKDM dapat diteruskan lagi pada masa hadapan serta ditambah baik untuk meningkatkan persefahaman dan prestasi pegawai dan anggota penguat kuasa ketika melaksanakan tugasan di lapangan.,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular