HomeUtamaProgram Jualan Rahmah terus diperluas di Sabah

Program Jualan Rahmah terus diperluas di Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNDASANG: Program Jualan Rahmah (PJR) terus diperluas di seluruh Sabah dan sehingga 3 Oktober 2023, PJR telah dilaksanakan di 266 lokasi di negeri ini, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, pecahan mengikut model PJR di seluruh Sabah iaitu di dalam premis sebanyak 242 lokasi, di luar premis sebanyak 6 lokasi dan secara bergerak sebanyak 18 lokasi dengan bilangan pengunjung dianggarkan melebihi 150 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi
3.38 juta orang.

“Hari ini saya telah melakukan tinjauan pelakasanaan PJR di Pekan Kundasang di Sabah.

“Selain melihat dan mendapatkan respon pengunjung, tinjauan ini juga bertujuan untuk melihat sendiri kadar harga barangan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, PJR kali ini melibatkan Pasar Raya Bataras dan menawarkan pelbagai keperluan harian terdiri daripada barangan kering dan basah serta barangan keperluan asas yang lain.

“Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang ini dapat memberi manfaat kepada lebih dua ribu pengunjung,” katanya.

PJR merupakan kolaborasi Kerajaan bersama industri sektor peruncitan
seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjualan barangan keperluan harian pada kadar harga diskaun di antara 10 peratus hingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular