HomeIsu tempatan200 pokok ditanam di UMS bersama syarikat korporat, NGO

200 pokok ditanam di UMS bersama syarikat korporat, NGO

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) dengan kerjasama CANON Malaysia dan Malaysian Nature Society (MNS) telah menanam 200 pokok pelbagai jenis di SFERA@UMS baru-baru ini.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, aktiviti penanaman menerusi program ‘One Canon One Tree’ (OCOT) itu merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang sering dilakukan oleh CANON Malaysia.

“Program ini adalah inisiatif pihak CANON Malaysia untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dan membantu dalam peningkatan SDGs (Sustainable Development Goals) yang telah ditetapkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak 2015 bagi memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran menjelang 2030,” katanya.

Kasim turut memaklumkan, program OCOT merupakan yang pertama dilaksanakan di Pantai Barat Sabah dan UMS adalah lokasi yang dipilih untuk aktiviti penanaman pokok.

“Oleh itu, UMS berperanan dalam membantu merealisasikan objektif kempen ini dengan memupuk semangat cintakan alam semula jadi. Ini adalah melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti sedemikian turut menyokong Pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021 sehingga 2025 di peringkat UMS melalui FPT.

Pada program tersebut, seramai 122 orang yang terdiri daripada kakitangan CANON Malaysia, ahli MNS, kakitangan akademik dan pentadbiran serta pelajar-pelajar FPT UMS telah menyertai aktiviti penanaman pokok buah-buahan tempatan yang terdiri daripada durian, rambutan, tarap, cempedak dan nangka.

Turut hadir, Ketua CANON Marketing Malaysia Cawangan Sabah, Calvin Liew; Pengerusi MNS Cawangan Sabah, Anna Wong @ Wong Yun Moi dan Dekan FPT UMS, Prof. Madya Dr. Normah Awang Besar @ Raffie.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular