HomeUtamaVideo tular pengadu berang, premis didakwa jual beras plastik di Sandakan disiasat

Video tular pengadu berang, premis didakwa jual beras plastik di Sandakan disiasat

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan bersama Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Sabah sedang melancarkan siasatan terperinci mengenai premis didakwa menjual beras plastik di daerah Sandakan.

Hari ini, tular video yang berdurasi satu minit 20 saat itu memaparkan seorang pengadu mendakwa beras yang dibelinya dari sebuah premis di daerah Sandakan itu adalah beras plastik.

Sehubungan dengan itu, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam
Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, beliau telah mengarahkan penyiasatan serta merta mengenai insiden tersebut.

“Saya telah mengambil maklum tentang insiden yang berlaku dan saya telah mengarahkan penyiasatan diadakan serta merta dan saya juga meneliti dengan dekat melalui KPDN cawangan Sandakan isu terkait dengan insiden yang disifatkan dengan penjualan beras plastik.

“Siasatan sedang dilakukan oleh KPDN cawangan Sandakan bersama dengan bahagian Kawalselia Padi dan Beras Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Teknikal Contract of Service (COS) bagi penempatan di seluruh Pejabat Daerah Negeri Sabah di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini siasatan dibuka mengguna pakai di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 dan premis berkenaan telah dilawat dan maklumat tambahan juga sedang diperoleh daripada pengadu yang yang menukarkan video tersebut.

“Kita juga sedang menyemak invois daripada peruncit dan juga pembekal InsyaAllah kita akan pastikan dakwaan ini disiasat dengan teliti kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan juga isu kesihatan dan sebagainya,” ujarnya.

Tambah beliau, pada peringkat ini pihaknya perlu meneliti kesahihan dakwaan tersebut.

“Pada peringkat ini kita perlu meneliti dakwaan itu kesahihannya dan mendapatkan bukti-bukti berkaitan dan saya bagi jaminan bahawa KPDN selaku agensi yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penguatkuasaan khususnya dalam dua akta berkaitan iaitu akta perihal dagangan dan juga akta perlindungan pengguna, kita akan siasat dan pastikan kesahihan aduan ini.

“Sekiranya berlaku kita akan pastikan siasatan itu akan kita gerakkan secara agresif, kita cari sampai lubang cacing kerana ini melibatkan kepentingan masyarakat,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan Sabah 2025 : Bantuan khas RM300 kepada golongan miskin selama...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular