HomeUtamaPerintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS Zone Sabah

Perintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS Zone Sabah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Perintah berkurung yang dilaksanakan di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan sejak Julai 2014 akan dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Eastern Sabah Safety Zone (ESS Zone) Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian keselamatan terkini dibuat melibatkan pelbagai agensi termasuk Kerajaan Negeri Sabah.

“Pada 16 Julai 2014, perintah berkurung telah mula dilaksanakan di kawasan perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan bagi menangani masalah pencerobohan pengganas Sulu, penculikan oleh kumpulan Kidnapping For Ransom (KFR) di kawasan pantai timur perairan Negeri Sabah.

“Mengambil kira keperluan keselamatan, perintah berkurung ini seterusnya telah diperluaskan untuk meliputi perairan Tawau, Kinabatangan serta Beluran.

“Setelah penilaian keselamatan terkini dibuat, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bersetuju untuk menjenamakan semula Perintah berkurung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Eastern Sabah Safety Zone (ESS ZONE) Sabah,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Razarudin berkata, perintah kawalan pergerakan itu akan melibatkan kawasan perairan sama, kecuali Tawau memandangkan statistik menunjukkan tahap ancaman yang rendah serta kawalan keselamatan di perairan daerah tersebut yang memuaskan.

Katanya, perintah kawalan pergerakan itu akan dikuatkuasakan bermula esok (17 Oktober) jam 6 petang.

“Berkuatkuasa 17 Oktober 2023, jam 6 petang, Perintah Kawalan Pergerakan ESS ZONE Sabah No 1 akan mula dikuatkuasakan bagi menyumbang perintah berkurung sabah no 220 yang tamat pada 17 Oktober 2023 jam 6 petang.

“Perintah kawalan pergerakan ini adalah diperlukan bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh, diancam dan pelaksanaannya akan menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah di kawasan ESS ZONE,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan tahap keselamatan di Sabah kekal terkawal dan akan memastikan segala langkah diambil bagi membanteras sebarang insiden jenayah rentas sempadan, penculikan atau penyeludupan. – SABAH MEDIA/ FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular