HomeIsu tempatanUMNO Sabah Bahagian KK Sumbang Peralatan Bagi Wad Sementara HQE2

UMNO Sabah Bahagian KK Sumbang Peralatan Bagi Wad Sementara HQE2

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Peningkatan jumlah kes pesakit positif COVID-19 ketika ini khususnya di Sabah turut meningkatkan kapasiti penggunaan katil dan keperluan rawatan perubatan serta kesihatan hospital di seluruh negeri.

Ia termasuklah keperluan penggunaan katil di wad-wad sementara bagi menempatkan pesakit yang mendapatkan rawatan biasa yang bukan membabitkan COVID-19.

Memahami situasi tersebut, UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu menyerahkan sumbangan berupa penghawa dingin mudah alih, tilam dan bantal bagi kegunaan wad sementara Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 disini.

Ketua UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, hospital berkenaan kini dijadikan sebagai wad bagi merawat pesakit bukan COVID-19 selepas HQE 1 dijadikan sebagai hospital COVID-19.

“Walaubagaimanapun, saya difahamkan wad-wad yang ada didalam bangunan HQE 2 juga sudah penuh menyebabkan mereka terpaksa membuka khemah bagi menempatkan wad sementara untuk merawat pesakit.

“Justeru itu, kami terpanggil untuk membantu pengurusan hospital dengan menyumbang beberapa keperluan bagi memastikan pesakit yang dirawat berada dalam keadaan selesa,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Penyerahan sumbangan itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah HQE 2 Dr Cammie Sukim dan turut dihadiri Ketua Kawalan Infeksi HQE 2 Dr Wan Sherhan; Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat (ALP) HQE 2 dan Timbalan Pengerusi ALP HQE2.

Musliati turut berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada pesakit yang dirawat di hospital berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya