HomeUtamaJKKN laksana pelbagai usaha perkasa warisan seni, budaya

JKKN laksana pelbagai usaha perkasa warisan seni, budaya

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkasa kompleks JKKN sebagai sebuah pusat kecemerlangan kebudayaan serta kesenian.

Pengarah JKKN Sabah Jasmi Rasit berkata, terdapat pelbagai kelengkapan infra dan kemudahan teknikal tersedia di Kompleks JKKN Sabah selain terbuka luas buat semua penggiat industri, badan bukan kerajaan serta persatuan kebudayaan dari setiap peringkat.

“Selain itu, dalam usaha melahirkan pelajar kreatif, berkemahiran tinggi dan profesional dalam bidang seni budaya selaras keperluan perkembangan pasaran industri kreatif negara, JKKN Sabah menganjurkan Majlis Apresiasi PBSB sebagai penghargaan kepada peserta pembelajaran Modul Seni Cemerlang selama tempoh setahun bermula 2022.

“Ini juga menjadi platform kepada peserta menonjolkan bakat seni melalui pembelajaran menggunakan Modul Seni Cemerlang dan mereka telah  menyelesaikan sesi penilaian Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) ke sekolah-sekolah pada 12 hingga 16 Jun yang lalu dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Menyemarakkan Seni Budaya ‘Orang Kita Budaya Kita’ Siri 2 di Kompleks JKKN, di sini.

Pada majlis tersebut juga berlangsung penyampaian Anugerah Seni Budaya Negeri Sabah 2023  kepada seorang tokoh budaya ataupun pemain industri seni yang diiktiraf dan terampil kewibawaannya dalam bidang seni dan budaya di Sabah.

“Objektif penganjuran program ini adalah untuk menghargai individu/aktivis yang berketokohan dan konsisten dalam mana-mana cabang bidang seni, melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh budaya dan seni yang diiktiraf di samping menggalakkan penghasilan karya berdaya saing dan bermutu tinggi.

“JKKN juga menggalakkan pertumbuhan aktiviti seni budaya di pelbagai lapisan melalui kerjasama berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan penggiat seni budaya dari dalam serta luar negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kalau sudah ada inspirasi, saya akan panggil media untuk mengumumkannya –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular