HomeEkonomiEskayvie buka peluang perniagaan kepada usahawan Sabah

Eskayvie buka peluang perniagaan kepada usahawan Sabah

Read Time:2 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Syarikat pengeluar produk kesihatan Halal di Malaysia, Eskayvie menyasarkan untuk melahirkan 2000 Usahawan Eskayvie yang akan menghasilkan jualan sehingga RM10 juta setahun di Sabah pada 2024.

Pengarah Urusannya Kartika Wati Mohamed berkat, sehubungan dengan itu, Eskayvie terus meluaskan jenamanya dengan pembukaan pusat edaran terbaharu di KK Times Square, Kota Kinabalu, di sini, pada Sabtu lalu.

Katanya, pembukaan pusat edaran itu bagi memenuhi keperluan penduduk Sabah agar produk dapat diperolehi dengan cepat selain pelanggan dapat menikmati penjimatan untuk kos penghantaran.

“Semenjak Eskayvie memperkenal model perniagaan baru iaitu Eskayvie Nexus pada tiga tahun lepas, kami menyaksikan peningkatan terhadap permintaan produk kami terutamanya di Sabah. Justeru, dengan pembukaan pusat edaran di Kota Kinabalu ini, kami berharap dapat berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie ini kepada lebih 3.5 juta penduduk Sabah yang memerlukan.

“Pusat edaran ini turut menyediakan akademi latihan bagi melahirkan lebih ramai usahawan di Sabah. Program latihan dan bimbingan yang komprehensif disediakan untuk membantu setiap usahawan membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik.

“Setiap usahawan ini akan mempelajari langkah demi langkah menghasilkan pendapatan minimum RM3,000 sebulan atau lebih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kartika yang juga wanita pertama menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 oleh SME Corp berkata, pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 2000 Usahawan Eskayvie yang akan menghasilkan jualan sehingga RM10 juta setahun di Sabah pada 2024.

“Oleh itu, penduduk Sabah perlu rebut peluang perniagaan bersama kami kerana ia 100 peratus tanpa risiko kerugian. Peluang perniagaan yang disediakan ini sangat mudah. Ia tanpa modal dan tidak perlu simpan stok. Malah, tidak perlu risau mengenai penghantaran produk kerana semuanya diuruskan oleh syarikat.

“Mereka yang ada pengalaman berniaga tetapi masih belum berjaya juga berpeluang untuk berjaya melalui bimbingan secara holistik oleh pasukan kami yang berpengalaman dalam membangunkan perniagaan sehingga ke peringkat global.

“Saya berharap inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada setiap usahawan di Sabah untuk mengambil peluang yang diberikan. Peluang seperti ini tidak boleh dilepaskan begitu saja lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri turut berkongsi pandangan mengenai amalan gaya hidup sihat.

“Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.

“Isu kesihatan di Malaysia semakin serius termasuklah berkaitan kesihatan mental yang semakin menjadi tumpuan. Jadi, penting untuk kita lakukan langkah-langkah dalam memperbaiki keadaan kesihatan kita dengan mengamalkan gaya hidup sihat
melalui amalan pemakanan yang semula jadi dan berkhasiat. Pengambilan nutrisi tertentu juga diperlukan kerana ia terbukti memberi kesan positif terhadap kesihatan minda.

“Eskayvie turut memformulasikan Mindtropic dan i-Qids khusus bagi menyokong kesihatan minda yang membantu individu lebih fokus, menguatkan memori dan mengurangkan stres,” katanya.

Menurutnya, Eskayvie menawarkan pendekatan menyeluruh untuk penjagaan kesihatan dengan rangkaian produk yang merangkumi detoks, pemulihan, peremajaan, penstabilan dan imuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus, layari www.eskayvie.com atau www.eskayvienexus.my

RELATED ARTICLES
Utama

Inisiatif bantuan baharu bukti Kerajaan Sabah perkasa bidang pendidikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular